Kejayaan hari belia negara 2010 lepas yang berjaya menghimpunkan seramai lebih 200 ribu belia di Putrajaya adalah satu jumlah yang membanggakan.. aku turut bangga juga sebab time tu aku terlibat dalam menjayakan event tu.. dekat dua bulan juga aku ulang-alik Putrajaya semata-mata nak bagi jadi hari belia tahun lepas.. Siapa yang masih tidak tahu ada hari untuk belia..?? okeyh.. kalau yang tak tahu tu.. meh aku citer sikit..
Populasi belia di Malaysia adalah seramai 15.1 juta orang.. daripada 27.8 juta rakyat Malaysia yang berumur dari 16 hingga 40 tahun. Korang sendiri kiralah berapa ramai belia ka Malaysia nih.. lebih separuh dari populasi rakyat Malaysia. Jadi dari angka tersebut belia adalah aset terbesar negara.. dimana suara dan kehendak belia adalah penting demi menjaga kedaulatan negara.. dan jumlah ini kalau tidak dijaga amat merugikan..
Oleh itu kerajaan telahpun mengubal satu dasar iaitu dasar belia negara 1985 kalau tak silap.. yang telah memperuntukkan satu hari khas buat belia, iaitu hari belia Negara yang jatuh pada 15 mei pada setiap tahun. Kalau dulu hari belia ni dibuat kecil-kecilan je.. tapi bila angka populasi belia dah mencapai lebih separuh dari populasi rakyat Malaysia ianya dibuat secara besar-besaran start dari tahun lepas
Ramai orang cakap.. bila sebut pasal belia je.. alah.. skema gila. baju masuk dalam.. pastu kena bahan mat belia- mat belia.. tapi bagi aku.. mentality itu perlu diubah..!! sebab tidak semestinya jadi belia korang kena jadi skema.. rugi sebenarnya kalau kita tidak join aktiviti belia.. banyak manfaat yang korang akan dapat.. jujur aku cakap.. dulu aku sendiri tak ambil port belia-belia ni.. aku sendiri beranggapan kalau nak jadi belia ni kena jadi skema..
Korang tau tak aku start join belia semenjak tahun 2007.. dulu aku nak tau sangat apa bendalah belia-belia nih.. aku nak masuk persatuan.. apa persatuan pun aku tak tahu.. then.. aku jumpa sorang mamat ni.. dia yang bawak aku masuk.. actually bukan bawa aku masuk belia.. aku dengan dia pergi daftar persatuan sendiri (itym) sebab bagi aku.. mantaliti belia dan sistem persatuan belia itu kena diubah.. so aku buat persatuan aku yang lebih menjiwai generasi muda..
Kata orang tak kenal maka tak cinta.. jujur dari sudut hati aku.. aku yang dulu dengan sekarang sangat berbeza.. kalau dulu aku tak peduli apa benda pun.. apa nak jadi-jadilah.. asalkan aku hidup bahagia.. tapi lepas aku join arena belia (aktivis belia) aku secara automatik menjadi seorang yang lebih beranggungjawab terhadapa agama, bangsa dan tanah air aku.. lagi-lagi dengan masalaah dan dilema anak-bangsa aku.. yang dulunya aku juga alami..
Okay berbalik pada tajuk asal.. Himpunan sejuta belia.. korang rasa mampukah benda ini dicapai..?? nak kumpulkan sejuta orang belia di Putrajaya.. pada bulan Mei ini.. Korang perasan kan aku dah seminggu tak update.. series memang sangat sibuk.. sekarang dah bulan januari.. tinggal berapa bulan je nak bulan lima.. minggu lepas aku dipanggil meeting untuk menjayakan satu acara untuk hari belia nanti.. and kalau korang nak tau.. ada lebih 200 acara untuk hari belia tahun ini.. semuanya best-best.. ragi kalau tak join..
Selepas kejayaan hari belia 2010.. perdana menteri kita telah mengumumkan Putrajaya sebagai bandar belia.. then tahun ini task yang diberikan adalah untuk menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya.. persoalannya MAMPUKAH..?? pandangan peribadi aku.. benda tu memang sukar nak achieve.. tapi segalannya mungkin.. tak cuba tak tahu.. itu adalah cabaran buat belia.. yelah.. belia ada 15 juta.. aku rasa tak sampai 10% pun sejuta tu...
Tapi dalam semangat-semangat aku ni.. ada juga yang aku sedih.. sekarang dah bulan satu.. tinggal 4 bulan je nak berlangsung hari belia tu.. yang menyedihkan.. fanpage facebook untuk himpunan sejuta belia ni baru cecah 289 orang.. aku rasa lagi ramai fan kedai kopi aku ni.. mampukah nak capai angka sejuta tu.. kalau kat facebook pun tak tercapai..??
So di kesempatan ni.. aku nak buat sebaran media sikit... kalau korang semua merasakan yang korang ni belia.. korang join lah fan page tu.. kat situ banyak benda korang boleh tanya dan cadangkan pada sekretariat hari belia negara.. website dia pun ada.. korang boleh terjah kat sini (Himpunan Sejuta Belia). Aku tak taulah mana silapnya.. promosi dah jalan dah.. tapi belia kita taknak ambil port.. Apa pendapat korang..?? kenapa korang taknak join..?? adakah korang tak tahu hari belia tu apa.. atau korang tak tahu pun promosi sejuta belia ni.. atau korang memang taknak ambil port langsung..??
kat sini aku nak mintak jasa baik rakan-rakan blogger.. kalau korang tidak ada idea nak buat post tu.. korang boleh lah buat review pasal hari belia negara ni.. kalau korang tak boleh join pun.. sekurang-kurangnya korang ada juga menyumbang pada negara.. and kalau korang kurang info korang boleh PM aku untuk bertanya..
Okaylah.. nak bebel panjang-panjang pun bosan jugak kan.. jadi.. sesiapa yang berminat pasal hari belia ni.. korang boleh jenguk-jenguk site dia and facebook hari belia. aku just sharing informasi je.. sebab aku tak nak orang cakap kerajaan bazir duit buat hari belia.. tapi tak ada orang datang.. cakap memang pandai.. koranglah yang kena penuhkan tempat tu..
Bagi aku benda tu tak membazir.. sebab banyak usahawan belia berniaga kat situ dan time inilah kita nak tingkatkan ekonomi belia.. pada yang berfikiran macam tu.. korang kena tahu satu benda.. kerajaan tidak akan membazirkan duit.. kalau tidak ada return on investment (ROI). aku harap korang ramai-ramai support himpunan sejuta belia ni.. and harap impian menghimpunkan sejuta belia tu tercapai dengan jayanya... sekian dari belia ke belia.. ^_^







