Okay guys Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana bejaya menjulang piala AFF Suzuki 2010.. dan memang tidak dinafikan pencapaian skuad bola sepak kita semakin meningkat. Mungkin ini adalah hasil dari Makmal sukan yang lepas yang memperbaiki kelemahan arena sukan kita.. apa-apepun tahniah aku ucapkan.
Kalau korang perasan kerajaan Malaysia sekarang sedang berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.. and kalau korang jenis yang baca paper korang mesti tau pasal Government Transformation Plan (GTP). okay.. GTP adalah satu program dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan program ini diatur oleh satu unit yang dipanggil Performance Management And Delivery Unit (PEMANDU) dimana menterinya adalah hero Malaysia Airlines dulu (MAS) siapa lagi kalau bukan Dato' Sri Idris Jala.
Kalau korang tahu pasal Economic Transformation Plan (ETP) ianya juga dibawah program ini.. sama juga dengan makmal Polis dan Makmal sukan.. semuanya sedang di transform untuk mentransformasikan kerajaan. Okay yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah Makmal Belia atau Youth Lab. youth lab ini juga dibawah program GTP.. bertujuan memperbaiki kelemahan Kementerian Belia dan memahami kehendak generasi Y. korang boleh refer kat sini (Utusan)
Aku jarang cerita apa aku buat kat dalam blog ni..?? sebenarnya banyak yang aku nak kongsikan.. cuma tidak berkesempatan.. kalau korang perasan sebelum ini enam minggu blog aku bersawang tak update.. semuanya sebab aku ada tanggungjawab di youth lab yang aku sibuk cakap tadi.. Sumpah Jujur aku cakap aku rasa sangat bertuah dan bangga sebab terpilih menjadi ahli youth lab ini.. kalau korang nak tau.. menjadi ahli youth lab ini bukanlah tanggungjawab mudah..
Kitorang dikumpulkan untuk mengubal dasar baru untuk Kementerian Belia dan Sukan memperbaiki kelemahan yang ada.. aku terpilih pun sebab aku salah sorang founder IT (YOU)th movement.. salah satunya persatuan IT di Malaysia.. wakil dari ITYM ada 3 orang yang terdiri dari aku Sazali Yusof Timbalan President, tuan President En.khaireel dan Naib President En Dzul Izzat. kitorang disuruh masuk makmal atas arahan Perdana Menteri bertujuan memberi nasihat mengenai IT.. memang bertuah rasanya sebab berpeluang membuat dasar untuk negara..
Okay.. didalam youth lab ini aku duduk di dalam kumpulan leadeship dan citizenship.. dan didalam kumpulan tersebut kami berjaya menubuhkan MY Corps. satu program sukarelawan yang memberi peluang belia kita pergi ke peringkat international.. kalau korang ada dengar pasal My Corps ini nanti.. ingat-ingatlah aku ye... Hasil dari makmal tersebut telah melahirkan 6 initiative dan beberapa policy baru untuk menjenamakan semual Kementerian Belia.. antaranya adalah Mycorps, Dewan Belia, The Leader, My Park, Virtual youth center dan Youth icon.. korang boleh refer kat laporan penuh di (utusan) untuk lebih faham. aku boleh cerita pasal initiative sahaja policy adalah sulit.. so korang boleh tahu yang keluar kat paper je okay.. ^_^
Keenam-enam idea dan beberapa policy itu tadi telah dipersetujui oleh YAB Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Shabery Cheek dan YAB Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.. then lepastu semua dasar dan idea akan dibentangkan di kabinet untuk dipersetujui oleh semua wakil parliament. okaylah.. sembang banyak-banyak pun tak guna jom tengok gambar-gambar sekitar enam minggu aku di youth lab..
Sesi Bergambar Di Youth Lab
Inilah dia group aku yang mencadangkan My Corps
Brain Storm..brain storm and brain storm.. itulah rutin harian di lab selama 6 minggu memecah otak memikir maslaah negara.. sampai terbawak-bawak dalam tidur sumpah..!!
time ni Mr president ITYM En. Khaireel tengah berhujah depan menteri
aku duduk sebelah je.. tangkap gambar
Ini first time aku duduk sebelah Dato' Sri Idris Jala.. bukan
senang nak dapat duduk dengan beliau. bertuah rasa badan
Time ni dato' sri sedang menceritakan pengalaman beliau menguruskan MAS
banyak yang aku belajar dari beliau.. and yang paling bertuah ini first time dia bagi personal talk
Time ni aku tengah syndication bersama Pn Wasitah.. siapa Rakan Muda tak kenal memang aku sekeh.. Puan Wasitah adalah antara founder dan mam besar rakan muda.. dan time ni we all sedang membincangkan masalah yang dihadapi oleh Rakan MUda
Perbincangan mengenai Masalah belia bersama En Izhar fasilitator lab dari PEMANDU
Sedang berhempas pulas menyiapkan report makmal untuk dibentangkan di Kabinet
Sesi pembentangan Akhir kepada YB menteri. time ni hari terakhir dari 6 minggu
di makmal.. memang berdebar time ni.. takut YB menteri tak setuju dengan idea kitorang
Saat yang ditunggu-tunggu.. upacara sign off oleh YB menteri tanda perkenan beliau untuk membawa kesemua initiative ini ke Kabinet..
Muka-muka keriangan setelah berhempas pulas selama 6 minggu duduk memerah otak menyelesaikan masalah negara. diorang ni semua adalah orang-orang penting dari 12 kementerian.. aku rasa bertuah daat kenal dengan mereka.. banyak yang aku belajar dari mereka
Inilah dia muka-muka ahli lab.. time ni kami di Singapore untuk lawatan kerja di National Youth Center.. dan diiringi oleh Datuk Jamil.. thank datuk
Bagi yang tak kenal empunya blog ini.. inilah aku.. disebabkan aku paling muda
di youth lab ni so akulah yang kena buli jadi Photographer so gambar aku tak banyak.. jadi sekarang nak mencapap kejap lol
Lepas selesai je Makmal Transformasi Pembangunan Belia selama enam minggu kesemua initiative telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembagunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan oleh YAB Timnbalan Perdana menteri korang boleh refer full report di blog De zul
***
Banyak lagi yang aku nak kongsi kat sini.. tapi pengalaman selama enam minggu itu terlalu banyak untuk dikongsikan dalam satu post.. ramai juga pemimpin yang aku jumpa di makmal ni.. salah sorang darinya Khairy Jamaluddin dan Dato Razali.. tapi tak sempat ambil gambar terlalu sibuk.. orang kuat nuffnang iaitu country manager diorang Mr Nicholas Chay pun kitorang syndicate gak..
Apa yang aku boleh cakap kepentingan makmal ini sangat penting demi masa depan belia kita yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan.. dan kalau kita tidak jaga betul-beltul maka hancur punahlah negara ini.. okaylah.. aku nak cerita banyak-banyak pun tak boleh.. sebab banyak yang sulit.. so aku boleh cerita apa yang keluar surat khabar je.. apapun aku harap korang dapat sesuatu dari post aku ni.. anything boleh tanya kat comment ye.. sekian.. ^_^






















