Dalam kurang 24 jam sahaja lagi tahun 2010 hampir menutup tirainya.. sekejap je masa berlalu.. hampir terlupa pula yang diri ini dah dewasa.. Bagi aku tahun 2010 ini adalah tahun yang paling bermakna dan paling aku tidak boleh lupakan.. banyak memori yang memberi impact terhadap diri aku.. banyak memori suka duka dan pengalaman yang berharga berlaku pada aku di tahun 2010 ini.
Kata orang tak kenal maka tak cinta.. sebelum ini aku tidak pernah menceritakan kisah hidup dan perjalanan hidup aku dengan reader aku kan..?? dan ramai yang tertanya-tanya siapa pemilik blog ini.. pada awalnya aku nak merahsiakan identiti aku.. tapi rasa sayang pula kalau aku tak kongsikan pengalaman hidup aku dekat korang semua.. Okay.. disebabkan tahun 2010 ini adalah tahun yang bermakna dalam hidup aku.. post kali ini aku nak story sikit serba sedikit mengenai aku dan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2010 ini..
Student life...
Aku merupakan pelajar tahun akhir ijazah pengurusan hartanah di UiTM.. hidup sebagai student ini memang banyak cubaan dan dugaan.. jujur aku cakap kadang-kadang aku hampir give-up dengan study aku.. bukan sebab aku tak suka.. cuma kesukaran menempuhi hidup yang penuh dengan hal-hal yang tidak disangka-sangka akan melemahkan semangat kita.. tapi alhamdulillah kerana Allah telah berikan aku kekuatan untuk terus melangkah untuk menuju kejayaan..
Tahun 2010 sepatutnya adalah tahun akhir aku.. tetapi secara tidak diduga sesuatu kejadian buruk telah menimpa aku... time tu lagi tiga hari nak final axam... disebabkan rushing ke kelas.. aku terlibat dalam satu kemalangan yang telah menyebabkan tangan kanan aku patah teruk..
Macam inilah rupa tangan aku yang patah tu.. siap masuk besi lagi.. benda ni jadi pada ahir bulan April. time tu aku tak fikir sangat pasal tangan aku.. apa yang berserabut dalam kepala otak aku ialah pasal study aku.. rasanya macam dunia aku dah gelap gelita je.. maklumlah.. orang lain sibuk ambil axam.. tapi aku duduk dekat hospital mengenang nasib..
Time ni aku dah nak give-up dah... nasib baik ada kawan-kawan dan keluarga tersayang yang memberikan semangat kat aku.. akhirnya aku terpaksa terima kenyataan yang aku terpaksa mengulangi semula semester yang aku duduk sekarang.. itulah lumrah hidup seorang pelajar.. kita kena hadapinya dengan senyuman... dan korang pula sila ambil ikhtibar dengan apa yang terjadi pada aku ye.. ^_^
Percintaan.. dan persahabatan
Haha... kalau cerita pasal cinta ni aku memang lembab sikit... tahun 2010 ni adalah tahun aku single.. tapi ada lah jugak bercinta kejap.. kejap jelah.. but hubungan tu tak declare papepun.. mungkin sebab aku tidak bersedia lagi.. and sebut pasal kapel-kapel ni.. bagi aku bukan main priority buat masa ini.. mungkin aku nak focus pada apa yang aku cari sekarang ini.. bak kata orang seru belum sampai..
Kadang-kadang rasa lonely juga.. cuma aku belum jumpa yang betul-betul memahami aku.. haha ayat tak boleh belah... tapi mungkin cinta itu akan datang pada 2011.. insyaallah.. siapa yang nak kenal dengan aku meh lah.. sementara masih Available ni.. hehe.. lagi tak boleh belah.. Akuni jenis cepat mesra dengan orang.. kalau korang ckap aku sombong tu.. mungkin korang tak kenal aku lagi kot.. cuma dalam blog je aku kurang berkomunikasi.. sebab kadang-kadang langsung tak sempat nak follow up rakan-rakan blogger yang singgah kat sini.. sorry ye guys..
Work for survive..
Dari kecil lagi aku diajar untuk berdikari.. dan aku jenis sukakan cabaran.. dalam tahun 2010 ni aku rasa macam macam kerja yang aku buat.. walaupun aku still dalam mode student.. but aku still akan cari peluang untuk tambah pendapatan.. biasalah.. aku ni budak kampung je.. takda biasiswa dari MAS (Mak ayah Sponsor) so pandai-pandai sendirilah..
Gambar kat atasni time aku buat part time di Company lama aku dulu.. dengan berbekalkan pengalaman aku bekerja selama setahun sebelum aku belajar dulu.. aku still dipangil untuk buat kerja-kerja add-hoc oleh bos lama aku.. ramai orang pelik.. aku belajar dalam jurusan Hartanah.. tapi kerja dalam bidang engineering.. Kerja aku ni agak kasar gak lah.. pergi site oil and gas sebagai specialist untuk Post Weld Heat Treatment (PWHT) kalau budak-budak Mekanikal tau lah kot..
Selalunya bila cuti sem bulan 10 dan 5... aku akan buat part time.. and bila time kelas aku akan kerja time sabtu ahad.. aku still buat kerja ini bila ada waktu lapang.. and aku sangat suka dengan kerja ini sebab aku dapat belajar macam-macam.. yelah.. bila dah kerja site.. banyak tempat yang aku aku pergi.. then macam-macam orang aku akan jumpa.. so dapat lah sedikit sebanyak ilmu dijalanan untuk pergi lagi jauh..
Pencapaian Dalam Perjuangan Pembangunan Negara
Kalau dahulu aku ni jenis yang tidak ambil kesah pasal isu-isu belia ni.. tapi semenjak aku tubuhkan Information Technology Youth Movement hidup aku mula berubah.. En Khaireel Azlee adalah orang yang bertanggungjawab membentuk aku dalam belia.. kami tubuhkan ITYM pada tahun 2007.. tetapi dalam tahun 2010 adalah kemuncak pencapaian kitorang dalam perjuangan ini.. Banyak program yang aku dah join and conduct untuk tahun 2010 ini.. and bagi aku ianya adalah satu pencapaian dan pengalaman yang memberi impact dalam diri aku.. so dengan kesempatan ini aku nak share dengan korang apa yang aku dah buat demi pembangunan belia sepanjang 2010 ini.
1. Hari Belia Negara 2010 (13-16 Mei)
Hari belia dilangsungkan pada bulan lima.. tapi dua bulan sebelum hari belia aku dah sibuk ulang alik Putrajaya semata-mata untuk menjayakan hari belia.. balik kelas je aku hilang pergi meeting.. boleh kata dua hari sekali aku akan ada meeting.. Ini adalah pencapaian terunggul buat aku dan ITYM.. sebagai persatuan yang berdaftar kami diberi kepercayaan untuk organize beberapa program untuk hari belia yang lepas.. dan yang paling membanggakan ITYM diberi watikah perlantikan sebagai rakan kongsi dan penaja untuk Hari Belia Negara 2010
Bergambar dengan datuk Azeez bersama
watikah perlantikan yang kami terima
Meeting bersama pengarah-pengarah KBS
untuk menjayakan Hari Belia Negara2010
Ini adalah pengalaman pertama aku untuk hari belia.. dan pengalaman yang aku dapat time ni memang diluar jangkaan aku.. time ni aku diberi tanggungjawab untuk menjadi pengarah project untuk dua event.. iaitu Creative Youth Gigs dan Indie Market.. and ada lagi satu event lain yang aku sendiri cadangkan dan aku sendiri laksanakan.. kalau korang ingat la.. aku ada buat creative youth blog contest..
Ramai juga blogger-blogger top-top join contest aku.. and dikesempatan ini aku nak memohon maaf kepada blogger-blogger yang join contest ini sebab aku tau.. banyak kekurangan dan kelemahan dalam contest itu.. untuk pengetahuan korang contest tu aku buat atas initiative aku sendiri.. tanpa bantuan mana-mana pihak... aku buat semua tu demi memertabatkan blogger-bogger kita. Korang boleh refer report pasal Hari Belia ni kat sini (bog.itym)
2. Malaysia Singapore Youth Camp (12-20 June)
Lepas je hari belia negara habis.. aku dipilih untuk menyertai satu program antarabangsa diantara Malaysia dan Singapore.. dengan tangan aku yang tidak berapa sihat time tu.. aku pergi juga untuk menimba ilmu dan pengalaman... Program ni sangat bermakna untuk kedua negara.. supaya dapat meningkatkan kesefahaman antara dua negara.. ramai gak kawan yang aku dapat.. and yang paling best aku dapat kenalan baru dari Singapore seramai 30 orang.. and diorang sangat cool..
Antara wjah-wajah Contingent Malaysia dan Singapore
Time ni sumpah aku rasa hidup aku macam restart balik.. dengan apa yang jadi kat tangan aku and study aku.. aku dapat recover balik kekecewaan itu selepas aku menyertai program ini.. program ni agak lama juga sampai dua minggu.. memang complete'lah cuti sem aku habis dengan program.. korang boleh jenguk-jenguk apa sebenarnya program MSYC ni di sini (msyc15)
3. My Selangor Story Blogging Competition (19 Ogos)
Aku rasa ramai antara korang yang tahu mengenai contest ini... dengan pengalaman creative youth blog contest yang aku buat di hari belia yang lepas... aku dipanggil untuk membantu dalam menjayakan contest blog My Selangor story ini.. and dapatlah jadi rakan penaja.. contest ini dianjurkan oleh tourism Selangor, motif untuk mempromosikan negeri Selangor.. disebabkan aku ni anak jati negeri Selangor.. jadi dengan semangatnya aku bekerjasama...
Time ni sesi bergambar selepas majlis pelancaran and press conference
banga siot masuk paper lol,,
Aku nak mintak maaf juga kepada semua blogger-blogger yang menang.. sepatutnya aku sertai korang dalam trip dan perjalanan program tersebut.. tetapi disebabkan komitmen dan jadual aku yang ketat.. aku terpaksa menarik diri.. tapi kalau ada peluang aku nak sangat berkenalan dengan blogger-blogger yang join.. korang boleh refer event ini disini. (Myselangorstory)
4. Makmal transformasi Pembagunan Belia (1 Nov-10 Dis)
Hurm yang ni bagi aku adalah pencapaian tertinggi aku dalam tahun ini.. selama enam minggu aku duduk di Casa 2 MSN.. motif program ini adalah perlaksanaan untuk government Transformtion Plan (GTP). Tak sangaka dalam setahun aku dapat capai setinggi ini.. korang boleh refer full report yang aku buat semalam mengenai program ini.. (Youthlab)
5. Persidangan Majlis Perundingan Belia (22 Dis)
Kalu korang aktif dalam persatuan belia.. korang mesti tau pasal MPBN ni.. MPBN adalah majlis tertinggi didalam belia.. MPBN sebenarnya macam mini parliament.. tapi wakil-wakil adalah dari ketua-ketua belia... semua usul dalam MPBN ini akan dibawa ke kabinet untuk dibahas.. Apa kene-mengena aku dgn MPBN ini..?? sebenarnya aku dijemput untuk jadi pemerhati dalam persidangan diorang yang lepas.. terkejut juga dapat terpilih.. persidangan ini dilangsungkan pada 22 disember lepas.. dan bagi aku persidangan ini juga adalah penutup tirai untuk semua program yang aku terlibat dalam 2010 ini..
Kedai Kopi Reborn
Dalam 2010 juga adalah tahun kelahiran semula blog Neizalyez ni.. kalau tak silap aku.. aku re-branding blog ni masa bulan puasa lepas.. blog ni dah lama aku create cuma dulu tak serius macam sekarang.. sebelum ini pun aku ada blog lain.. yang lebih kepada isu semasa dan politik.. tapi bosan lah cerita pasal politik ni.. takda soul kan.. so aku buat balik blog neizalyez dengan menggunakan tagline Cerita kedai kopi.. jadi aku boleh kongsi serba sedikit kisah hidup aku dan pengalaman yang aku ada dengan korang..
***
Kalau nak dikira-kira banyak kisah aku dalam tahun 2010 ni.. nak cerita semua korang muak pulak nak bace kan.. jadi aku ambil yang penting-penting je..aku buat post ini pun just nak kongsi pengalaman aku.. and untuk aku mengenang kembali kisah suka dan duka aku sepanjang tahun ni.. Bagi aku hidupn kita ini kena kuat.. bukan semua yang kita buat akan berjalan dengan lancar.. macam aku juga.. yang korang tengok gambar-gambar aku tu.. nampak macam seronok je.. tetapi hakikatnya banyak kisah suka dan duka dalam tu..
Apapun.. kita harus bersyukur kepada Allah SWT atas limpahan kurnia darinya.. kerana memberi kita perluang untuk menempuhi 2011 pula.. Mungkin ada yang akan cakap aku macam nak show off.. tapi bagi aku dengan aku berkongsi kisah hidup aku.. aku akan lebih dekat dengan reader blog aku.. Okaylah.. cerita panjang-panjang pun korang bosan pula.. so.. akhir kata selamat tahun baru kepada semua.. ^_^














