First sekali aku nak ucapakan Happy New Year buat semua.. korang sambut dimana malam tadi..?? Syukur kerana kita masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan.. ini adalah entri pertama untuk tahun 2011.. dan sebagai pembuka tirai 2011 ni aku nak share something yang aku rasa istimewa untuk korang..
Malam tadi aku sambut new year di i-City Shah Alam.. asalnya aku nak lepak rumah je tenangkan fikiran.. tapi tiba-tiba aku dapat satu jemputan rasmi dari seorang kawan untuk menghadiri satu majlis sambutan tahun baru bersama-sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Then untuk tidak melepaskan peluang akupun pergilah jenguk nak tengok apa yang ada disana.. Sebagai anak jati Negeri Selangor aku perlu tahu apa yang jadi di negri sendiri.. yelah.. ka mana lagi kita nak sambut kalau bukan kat negeri sendiri.. takkan kita nak sambut kat Melaka pulak kan..
Ini first time kalau tak silap aku diorang buat sambutan new year di i-city.. dan tidak disangka-sangka.. sambutan tahun baru di i-city ni sangat meriah.. macam-macam aktiviti sihat dan menarik yang diorang organize.. orang yang datang tak payah cakap lah.. aku rasa dekat 3jam jugalah aku sangkut untuk keluar dari i-city tu.. korang bayangkanlah ramainya macam mana..
Lautan manusia menunggu detik 12 malam.. ini baru sikit tau.
Aku agak bangga jugalah dengan usaha kerajaan negeri Selangor mengusahakan program ni.. kalau dulu bila malam tahun baru budak-budak pergi menyundal kat dataran.. tapi sekarang bila kerajaan negeri Selangor dah mula nampak gejala sosial ni.. diorang mula memikirkan initiative yang dapat mengelakkan gejala sosial di malam tahun baru.. Aku kalau benda baik aku cakap baik.. tak kesah lah.. kerajaan pembangkang ke.. atau kerajaan pemerintah.. kalau benda tu baik.. apa salah kalau kita beri pujian.. banyak aktiviti sihat yang dianjurkan malam tadi.. aku dapat tengok penglibatan NGO dan kerajaan bersama-sama remaja kita dengan aktiviti yang diatur.. kira okaylah.. dari diorang pergi buat benda-benda maksiat..
Bunga Api Yang Awesome..!!
Video ni aku rakamkan khas buat reader blog aku.. aku tak suka tempat-tempat sesak ni.. so.. habis je majlis bersama MB akupun blah lah.. time tu lebih kurng jam 11 malam.. tapi apakan daya aku tersangkut di i-city tu tak boleh keluar.. then aku lepak lah tepi kereta.. Tepat je pukul 12 malam.. aku pon tak sangka lah.. yang tempat aku lepak tu.. sebelah diorang park bunga api untuk countdown.. macam nak gugur jantung aku bila tiba-tiba je bunga api tu meletup sebelah aku..
So dengan kesempatan yang aku ada.. aku rakamkan video ni khas untuk korang.. bukan senang tau nak dapat gambar ni.. aku terpaksa membahayakan diri aku untuk mendapatkan video ni.. and ada satu time bunga api tu dah hampir nak kena kepala aku dah.. selalu korang tengok mercun meletup kat atas je kan.. so video yang aku rakamni special sikit.. kita boleh tengok mercun tu meletup dari bawah.. sampai atas.. heheheh..
Bagi aku mercun tu memang awesome..!! tapi..!! organizer sepatutnya kena lebih peka dengan keselamatan orang ramai.. aku tengok langsung tidak ada pengawasan time diorang bakar mercun tu.. jarak mercun tu dengan aku kurang dari 50 meter.. silap haribulan.. mau ada yang masuk ICU.. aku harap lepasni pihak organizer lebih peka dengan hal ni.. kalaulah ada budak-budak kecik terlepas kat lapang sasar korang shoot mercun tu.. kan jadi hal..
Papepun.. walaupun aku agak menyesal.. sebab terperangkap dekat 3 jam di i-city tu.. tapi aku happy gak lah.. sebab dapat pengalaman tengok bunga api secara dekat.. dan disini aku nak ucapkan tahniah kepada organizer yang handle malam sambutan tahun baru ni.. okaylah.. mari kita bukak buku baru dah 2011 dah ni.. anda harap ada perubahan dalam hidup kita semua.. akhir kata dari aku.. Happy New Year.. itu je.. ^_^







