Home » » 3 sebab mengapa perlu daftar mengundi @ PRU 13

3 sebab mengapa perlu daftar mengundi @ PRU 13

Perhatian.!! ini bukanlah Blog Politik mahupun konspirasi.Apa yang disampaikan di blog ini adalah demi kepentingan negara bangsa dan agama..diharap tidak ada pihak yang manipulate fakta didalam post ini sekian.


Dengan melihat senario politik yang semakin kucar kacir di negara kita ini aku merasakan sesuatu perlu dilakukan. Sebenarnya aku tak suka nak cerita pasal politik kat sini.. dan aku tahu korang pun macamtu juga kan..?? Ramai yang beranggapan bahawa akuni pro politik.. tidak dinafikan memang aku banyak bertemu dengan orang-orang politik tidak kiralah dari parti memerintah atau opposition party.. 

Ramai juga yang nak tarik aku join diorang.. but when they talk about politics..  aku akan cakap sorry bro... gua NGO(itym). Memang kita berhak memilih siapa yang kita nak sokong.. tapi untuk aku.. buat masa sekarang ini.. aku lebih bersifat neutral.. sebab sekarang aku lebih mementingkan youth development dan human development yang aku rasa penting untuk negara.

Dengan pengalaman yang aku dapat selama aku bersama orang-orang politik didalam belia.. aku merasakan bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal tiba (PRU-13). mengikut prediction sesetengah pihak mengatakan, PRU-13 akan akan diadakan pada tahun ini... tak tahulah mungkin itu rumor semata-mata tapi yang aku tengok macam dah mula dah kempen-kempen ni.. isu-isu pelik pun dah mula keluar dah kat media.

Apa yang aku nak sampaikan kali ini adalah untuk kepentingan negara kita.. korang tahu tak betapa gentingnya keadaan kita sekarang ini kalau pemikiran kita masih tidak berubah.. Okay guys.. isu yang aku nak story ini adalah mengenai daftar undi. Rata-rata ramai yang ambil tak kesah mengenai hal ini sedangkan mereka ada tanggungjawab dan hutang kepada negara.. Hutang apa?? hutang kemerdekaan.. 

kita jangan ambil tidak kesah je hal ini okay.. kalau kita tidak pertahankan negara kita siapa lagi..?? aku agak kecewa jugalah dengan beberapa blogger sebab ada artikel yang mereka keluarkan semata-mata untuk tidak mengalakkan orang untuk mengundi.. aku taknak cakaplah siapa.. mungkin dia masih muda kot dan terlalu awal untuk bincang isu ini.. jadi dibawah ini aku senaraikan tiga sebab kenapa korang kena daftar mengundi.. aku taknak bagi banyak-banyak sebab.. kerana  yang aku bagi ini sudah cukup untuk korang tutup  mulut untuk argue.

1. Tuntutan Rukun Negara

Okay aku jelas dan faham.. kalau rukun negara pun ada yang tak habis baca apa lagi nak mengundi.. Kesetiaan  Kepada Raja Dan Negara. sedia maklum yang kita ini duduk didalam negara yang menggunakan sistem Raja berperlembagaan. dimana mempunyi sistem doktrin pengasingan kuasa yang terbahagi kepada tiga iaitu:- 

1. Kuasa Perundangan/Legislatif
2. Kuasa Eksekutif
3. Kuasa Kehakiman

Ketiga-tiga kuasa ini mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.. Badan perundangan di kuasai oleh raja (kuasa Junta), Untuk pentadbiran negara Malaysia sekarang ini.. pentadbiran diuruskan oleh badan eksekutif sebagai main priority untuk mentadbir.  dimana wakil-wakil parliament sebagai wakil untuk mendasarkan  suara rakyat.

Dari sumber yang aku dapat.. terdapat statistik yang meneunjukkan bahawa pendaftaran pengundi dari kaum bumiputera adalah ditahap yang membimbangkan. Maaf disini aku bukan nak resist cuma untuk kepentingan bangsa aku.. kalau bukan aku yang tulis siapa lagi nak bagitau.. so ambil point yang aku bagi ini secara positif. 

Sedia maklum kaum bumiputera adalah kaum mejoriti didalam Malaysia dan mempunyai hak keistimewaan yang tertentu. Untuk makluman korang.. sumber yang aku dapat mengatakan bahawa hanya 45% sahaja bumiputera yang mendaftar sebagai pengundi. seram bukan..?? kalau dah 45% dah tentulah jadi suara minoriti didalam parliament.. itupun belum tentu yang mendaftar tu pergi mengundi.. fikirkanlah.. macam mana kita nak bersuara didalam parliament kalau kerusi bumiputera hanya secebis..

Kita ada hak untuk dipertahankan ingat.. jangan fikir kalau kita duduk didalam comfort zone kita akan selamat selamanya.. macam aku cakap tadi.. kita ada hutang kemerdekaan untuk dipertahankan. Ingat kita mengunakan sistem raja berpelembagaan.. kita kena yakinkan kepada raja-raja kita yang rakyat mampu mentadbir.. jangan sampai Sultan murka dan menggunakan kuasa junta untuk merampas tampuk kepimpinan.. jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kuasa diraja sebaik mungkin..

2. Kuasa generasi muda.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat 27.729 juta rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang Malaysia mempunyai tiga generasi yang berbeza yang hidup didalam satu masa. yang pertama baby boomers seramai 5 juta orang lahir pada 1946-1964, sterusnya Generation X seramai 3.7 juta lahir diantara tahun 1965-1981. Dan yang terbesar Generation Y seramai 11.4 juta orang lahir diantara tahun 1982-2001 dan yang terakhir generation Z adik-adik kita sekarang seramai 6 juta ++.

Dari statistik yang aku bagi ini menunjukkan bahawa generasi muda atau belia yang terdiri dari generasi X dan Y adalah aset terbesar negara dimana bila dicampurkan mempunyai jumlah seramai 15.1 juta orang. inilah dia orang yang paling bertanggungjawab untuk masa depan negara buat masa sekarang. Bagi aku generasi muda perlu sedar tentang kepentingan mengundi.. tidak kiralah parti apapun yang korang pangkah.. asalkan korang lepaskan tanggungjawab korang.. 

Belia kat Malaysia adalah dari umur 16-40 tahun layak mengundi pula pada umur 21 tahun..  dan kita ada lebih kurang 12 juta belia yang wajib mendaftar dan mengundi sebab kita memegang jumlah lebih separuh dari rakyat Malaysia yang Layak mengundi.. Kita sering salahkan pemimpin kerana tidak pandai mentadbir.. wahai teman.. sedarlah... rata-rata pemimpin kita adalah Boomers.. diorang ada 5 juta je kot.. dan untuk pengetahuan korang kitalah yang bertanggungjawab memilih pemimpin kita sebab kita yang paling ramai.. jadi aku nasihatkan.. jangan bising-bising complain kerajaan tak betul.. siapa yang pilih kalau bukan 12 juta itu tadi..


3. Menentukan masa depan negara dan diri sendiri

Okay iklan kejap ye.. untuk korang lebih faham point ketiga'ni korang tgok video kat bawah ini dulu 

Mari Ubah Gaya Hidup

Agak sinis jugalah iklan ni eh.. hehe sorry pada yang terasa.. aku rasa benda ini perlu,  bukan nak mempersoalkan sesiapa.. walau dengan apa cara  sekalipun korang ubah  gaya hidup korang.. kalau pemimpin yang kita pilih itu kurang memuaskan bagi aku beliau wajib ditukar. sebab ianya melibatkan kepentingan kita sendiri.. tak kisah lah korang nak pangkah parti apapun.. bagi aku pemimpin yang kita pilih itu penting.. salah pemimpin ke kalau dia tak perform..?? salah kita sebab kita tidak daftar mengundi dan membiarkan yang tidak pandai memilih itu menghakimi hak kita.. 

Kita jangan pandai argue tapi tidak buat apa-apa.. ramai yang cakap kalau aku mengundi  sama je.. dan yang menyedihkan.. ada yang cakap:- 

"Kalau aku mengundipun belum  tentu vote aku dapat ubah-ubah apa-apa, sebab tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia majoriti berbeza 1 undi je"

 yup memang tak luak kalau engkau sorang tak mengundi.. tapi kalau sejuta orang fikir macam engkau.. tergadailah negara... Mungkin ramai yang masih tidak matang dalam hal ini.. atau mereka keliru apa itu UMNO apa itu PKR.. aku nasihatkan.. korang pangkahlah apa yang korang rasa dapat merubah taraf hidup rakyat Malaysia.. asalkan korang mengundi.. dan jangan asyik nak merungut atas sumbangan pemimpin sedangkan korang tidak menyumbang apa-apa.. 

***
Kalau Betullah 2011 ni PRU ke 13 aku rasa bangga sebab ini first time aku layak mengundi.. Bagi yang masih tidak mendaftar tu.. aku sarankan korang pergi daftar cepat-cepat sebelum terlambat.. tak susah pun.. kat pejabat pos pun boleh daftar.. sambil-sambil korang bayar bill tu.. apa salah daftar sekejap.. sedangkan beratur panjang-panjang kat shopping mall korang sanggup.. inikan  pula untuk masa depan negara dan diri sendiri..

Fikir-fikirkan lah... adakah kita nak tengok je tanpa membuat sesuatu.. disini aku dan komuniti ITYM yang lain ingin meletakkan pendirian kitorang.

 "kami yang menentukan masa depan kami dan kami akan pastikan pemimpin yang kami pilih adalah yang akan menjaga kepentingan kami dan bukan hanya parti semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa juga. walaupun kami neutral tetapi kami matang dalam memilih yang terbaik untuk masa depan kami". 

kita adalah Hakim yang menentukan siapa yang bakal memimpin jadi aku harap ada diantara kita sedar bahawa tanggungjawab kita sebagai pewaris bangsa perlu untuk melakukan sesuatu.

Kepada yang taksub didalam politik tu.. tak kiralah UMNO ke PKR ke.. aku harap korang pandang apa yang aku sampaikan ini sebagai suara pengundi baru yang mahukan perubahan.. jangan pentingkan parti semata-mata.. sila dengar dan lihat keluhan kami sebagai rakyat Malaysia yang taat setia.. Aku bukan nak memandai-mandai kat sini... walaupun blog aku hanya cerita kedai kopi.. tapi aku ada perjuangan yang perlu diselesaikan.. Akhir kata.. yang berkhidmat untuk belia dari Sazali Yusof Sekian.. ^_^


3 sebab mengapa perlu daftar mengundi @ PRU 13SocialTwist Tell-a-Friend