Masa aku mula-mula buat facebook fan page untuk blog ni fan aku suram je.. 20 orang pon tak sampai.. tapi sekarang alhamdulillah sebab fan aku dah nak hampir mencecah 400 orang.. jadi aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi untuk like fan page kedai kopi aku ni ye..
Okay.. disebabkan facebook sering melakukan perubahan.. banyak benda yang dah menjadi remeh.. salah satunya fungsi select all untuk suggest friends.. kalau dulu senang je.. tekan Ctrl+A je dah boleh invite semua orang.. tapi sekarang agak peritlah sebab kena clik sorang-sorang.. lagi-lagi kalau friend kita mencecah riban-riban.. Facebook fan page sangat penting untuk blogger.. yelah nak promote blog masing-masing untuk menjana trafik.. tapi masalahnya takkan kita nak click sorang-sorang kawan kita untuk invite jadi fan.. jenuh nak click kalau macam tu..
Untuk tutorial kali ini aku ada jalan penyelesaian untuk kesengsaraan tersebut.. Terim kasih kepada En.google yang tidak pernah mengecewakan aku.. inilah kelebihan google.. sering buat benda yang user friendly.. so mudah untuk kita buat kerja..
Okay.. apa yang korang perlu buat ialah cuma ikut dua langkah mudah yang aku buat di bawah ini.. sangat mudah lima minit pun tak sampai.. kalau nak dibandingkan dengan korang click satu-sau kawan korang tu..
1. Installation
Benda first yang korang kena ada mestilah Google chrome.. sebab plugin ini hanya untuk browser chrome sahaja yang lain-lain kena cari sendiri.. kalau korang bukan pengguna chrome aku nasihatkan korang download dan install chrome dulu.. senang je.. dan pastikan korang gunakan Google chrome yang paling latest sekali..
Okay lepas je korang selesai install Google chrome.. korang pergi google cari facebook toggle all.. kalau tak jumpa juga korang click je kat sini.. (facebook toggle all)
Okay lepastu akan terpangpang satu page yang macam kat atas ini.. kalau tak keluar macam yang kat atasni.. sah bukanlah tu.. Pastikan plugin yang keluar adalah facebook invite all.. then korang click je install.. macam gambar yang aku buat tu.. okay selesai step pertama..
2. Plugin testing
Okay step keduani tak wajib sangat.. tapi aku suggest korang buat.. hoho.. Bila dah install mesti nak test kan.. so apa yang korang kena buat korang pergi ke fan page kedai kopi terlebih dahulu
Then untuk memastikan yang korang dah betul-betul install toggle all ini .. korang pergi ke sebelah kiri bawah gambar profile page kedai kopi tu.. click suggest friends.. lepastu akan appear satu pop-up window senarai kawan-kawan korang.. lepastu tengok atas sebelah kanan window .. ada tulis toggle all.. click je benda tu dan dia akan select semua friends facebook korang secara automatic.. click sent invitation and done..!!
***
Okay selesai sudah maslah korang.. lepasni dah tak payah nak pilih satu-satu.. dahla penat rabun pun boleh dapat.. yang step kedua tu.. untuk contoh je... tapi kalau korang baik hati apa salahnya suggest page aku kat kawan-kawan korang.. anggap jelah macam korang sedekah fan kat aku.. huhu.. okaylah.. harap korang takda masalah dengan install benda ni.. cuma pastikan korang guna Google chrome yang terbaru... selamat ye.. sekian..








