Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menumpaskan Indonesia 3-0 di final pertama Suzuki cup 2010.. tak sangka kan Malaysia mampu mengejutkan Indonesia dengan jaringan hatrick.. bravo-bravo.. harap skuad kita dapat buat lebih baik di final kedua nanti.. Okay..jpm balik ke cerita asal..
Aku rasa aku duduk dalam dunia blog ni baru dua tahun.. start aku menulis dengan blog neizalyez nilah.. sebelum blogni di rebranding semula.. aku stop kejap.. then dalam masa itu jaku sempat buat blog lain.. korang tak payah tau lah eh blog apa.. Okay.. cerita pasal blogger ni.. bagi aku banyak kelebihan yang kita dapat bila kita menjadi seorang blogger.. sebab kita mempunyai benda yang orang lain tidak ada..
Semenjak aku menulis blog.. aku rasa banyak perubahan dalam diri aku yang membawa kepada kebaikan.. itulah kuasa blog.. kita seolah-olah mempunyai advantage yang lain dari yang lain.. contohnya seperti yang aku senaraikan dibawah ini.
1. Lebih Berdisiplin
Blog mengajar kita menjadi lebih berdisiplin, kenapa aku cakap macam tu.?? sebab bila kita menulis blog.. kita akan mengenali lebih ramai lagi blogger yang berkongsi pendapat dan tunjuk ajar mengenai kehidupan.. ada juga penulisan blogger lain yang menjurus kepada nasihat dan motivasi.. so.. daripada situ aku rasa kita dapat belajar untuk menjadi orang yang lebih baik..
Selain itu.. secra automatik'nya blog kita sendiri akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih berdisiplin. Untuk menjadi serious blogger.. kita memerlukan disiplin yang tinggi supaya reader kita puas hati dengan bahan yang kita sampaikan.. jadi.. untuk mengekalkan kualiti penulisan.. setiap blogger memerlukan Key Performance Index (KPI). eceh.. point tak boleh belah.. ^_^ maksud aku.. kita kena scheduled-kan penulisan kita agar blog di-update dengan consistent.. so.. dari situ kita akan belajar untuk menjadi orang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
2. Berpengetahuan Luas
Apabila kita menjadi seorang blogger.. kita sentiasa memerlukan input dan sumber bahan yang menarik untuk ditulis.. jadi.. semenjak aku menulis blog.. otak aku sentiasa berfikir buat brainstorming.. semata-mata untuk mendapatkan ilham penulsan. Aku percaya ada blogger yang sampai tahap bercakap dalam tidur semata-mata untuk fikirkan post apa nak buat bila diorang bangun tidur..
Bila kita menulis sesuatu artikel.. kita memerlukan sumber yang betul dan tepat.. supaya bahan yang kita sampaikan itu tidak terpesong dan menjadi fitnah.. jadi.. sebelum kita menulis blog.. kita akan memaksa diri kita untuk membaca bahan-bahan bacaan lain untuk dibuat kajian.. dan secara tidak langsung kita akan lebih berpengetahuan kerana mula untuk ambil tahu isu-isu semasa dan hal-hal lain..
Benda ini juga penting sebab.. seorang bogger kena cukup pengetahuan untuk membidas komen-komen pembaca yang lebih bijak dari kita.. so.. bagi aku.. bila kita mula je bergelar seorang blogger.. otak kita secara automatik akan ambil peduli dengan semua benda untuk diambil tahu dan input ka otak pun bertambah banyak..
3. Network yang luas
Bila kita join je komuniti blogger.. secara automatic kita akan mula membina network yang besar.. sebab.. dari situ kita akan mula mempunyai reader yang akan berinteraksi dan membina persahabatan dengan kita.. bukan sahaja reader malah kita akan mula berkawan dengan blogger-blogger lain untuk berkongsi-kongsi pendapat..
Contohnya.. aku bangga dengan adanya komuniti blogger seperti Geng blogger kerana dengan adanya komuniti seperti ini.. ianya telah mencipta satu permuafakatan yang erat diantara blogger-blogger melayu khususnya. dan dengan adanya rakan-rakan blogger yang bekerja dalam pelbagai bidang kita boleh take advantage dari komuniti tersebut untuk melakukan sesuatu.. Macam orang cakap network tu penting, sebab dari situ kita bukan sahaja dapat berkongsi ilmu dan pengalaman, malah juga mampu bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu dengan rakan blogger lain..
4. Kuasa ditangan blogger..!!
Okay iklan sekejap.. korang tonton video kat bawah ni sampai habis ye..
Blogger mampu mengubah dunia..!! Sudah ternyata bahawa blog mampu mengubah sesuatu.. contohnya, menurut kajian yang dilakukan semasa PRU yang lepas.. telah menunjukkan punca kekalahan kerajaan barisan Nasional adalah berpunca dari penulisan blog-blog yang mengutuk kerajaan..
Blogger mempunyai kuasa.. setakat ini aku rasa tidak ada lagi Akta untuk blogger yang mengawal pegerakan kita.. Blogger juga bagi aku boleh menjadi pressure group atau kumpulan pendesak.. yang mampu mempengaruhi pembacanya dengan agenda yang ingin disampaikan melalui penulisan.. tetapi aku nak ingatkan kepada kita semua.. tidak salah untuk jadi kumpulan pendesak.. asalkan isu yang kita bawa bukan fitnah..!!
5. Blog sebagai kerjaya
Ramai rasanya kat Malaysiani menjadikan blog sebagai kejaya mereka... biasalah.. zaman sekarang ni susah dapat kerja.. kerenah birokrasi banyak sangat.. kalau ada ijazah sekalipun aku rasa susah nak cari kerja.. last-last menganggur.. tapi.. bagi blogger itu bukan satu masalah..
Dengan menggunakan blog yang kita ada.. kita boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan kita.. malah sebagai kerjaya.. contoh terdekat.. Oh! media network. siapa yang tak kenal.. founder dia si just khai tu.. dan bagi aku ini adalah contoh yang terbaik.. sampai daftar syarikat kau.. dan ini adalah sesuatu yang membanggakan buat anak melayu..
****
Menjadi seorang blogger juga mempunya banyak halangan.. kadang-kadang dapat cacian dari orang yang busuk hati.. belum lagi kes-kes kena hack.. tapi bagi aku itu bukan satu masalah buat blogger.. tapi itu satu cabaran.. walaupun akuni baru dalam bidang ini.. tetapi aku pasti menjadi seornag blogger bukanlah kerja senang.. papepun.. kita patut bangga sebagai blogger kerana kita mempunyai kelebihan yang orang hanya main facebook tidak ada.. ^_^ sekian..






