Home » » Akta Blog untuk Blogger..!!

Akta Blog untuk Blogger..!!


Disebabkan aku membaca terlalu banyak akta untuk menjawab final exam semester ni.. menyebabkan aku terbawa-bawa  apa yang aku belajar tu untuk digunakan kat dalam dunia blogging. Sekarang ni blog dah jadi trend dan gaya hidup masa kini.. hampir semua peringkat umur ada blog.. budak darjah enam pun dah pandai buat blog.. Blog sudah menjadi satu sumber informasi dan bahan rujukan sesetengah pihak. Kewujudan blog-blog yang tumbuh macam cendawan ni.. menyebabkan manusia menjadi lebih bijak dan adakalanya menimbulkan sesuatu isu yang sukar diperolehi dari media lain.

Akta blog..?? jangan terkejut.. ini hanya rumors dari aku jer.. korang pernah terfikir tak apa jadi kalau kerajaan menggubal satu akta untuk blogger.. Bagi aku setiap perkara ada pro dan kontranya.. ada baik dan ada buruknya.. tapi kali ini kita pandang dari sudut yang baik okay.. Ada beberapa perkara yang aku rasa perlu adanya akta untuk blogger.. sebab apa.. blogger mempunyai kelebihan dan kemampuan untuk menjadikan sesuatu isu itu BOOM..!! dan blogger juga boleh dikatakan  antara golongan yang menyumbang dari segi sosio ekonomi sesebuah negara.. 

Kenapa aku cakap macam tu.. sebab blogger mempunyai satu kelebihan yang boleh mewujudkan satu tranformasi pemikiran dan gaya hidup baru masyarakat.. dan pengawalan atau sesuatu  akta itu adalah perlu untuk membela dan mewujudkan penyampaian yang lebih professional dari blogger.. Seorang blogger boleh dikatakan unik kerana mereka tidak perlu mengambil kursus khas seperti  (Mass Com) untuk membuat sebaran media.. 

Tetapi pernah terfikir atau tidak bahawa tidak ada satu badan pun atau perundangan yang membela blogger.. Dibawah ini aku senaraikan sebab-sebab perlu adanya sesebuah akta yang mengawal dan memberikan professionalism kepada blogger.




1. Blogger Perlukan Pengikhtirafan

Korang mempunyai blog yang hebat dan penulisan yang baik.. blog korang pula mempunyai beribu-ribu fan yang sentiasa menyokong korang.. tetapi malangnya.. bila korang meletakkan blog korang sebagai profile dalam resume korang.. ianya tidak diperdulikan.. sedangkan mengikut profile blog korang.. korang boleh dikatakan hebat dan mempunyai idea dan pemikiran yang baik. rugilah macam tu kan.. blog yang hebat tidak boleh digunakan untuk profile cari kerja.

Kalau korang belajar ekonomi.. korang mesti faham teori keperluan hidup Abraham Maslow yang menyebut tentang keperluan asas kehidupan.. keselamatan,pengaruh dan pengikhtirafan.. bagi aku benda ni sama je dalam blogging.. blogger perlukan pengiktirafan undang-undang yang mengikhtiraf blogger cemerlang untuk menjadikan blog mereka sebagai profile pencapaian..


2. Menyediakan kod dan etika blogging

Bukan senang menjadi seorang blogger.. ada kalanya kita dituduh dan dikenakan tindakan undang-undang atas kecuaian kita sendiri.. contohnya kes Aduka Teruna.. ini semua terjadi kerana tidak ada pantauan dan hak kebebasan bersuara yang disalah guna. Menjadi seorang blogger seharusnya mempunyai kod dan etika yang perlu diikut agar kita tidak lupa dan cuai sehinggakan isu yang kita tulis itu memakan diri kita..

Sebab itulah Aku dan beberapa individu penting menubuhkan IT youth Movement. bertujuan membentuk blogger yang ber-etika dan professional agar blogger-blogger kita dipandang tinggi dengan profile dan rekod pencapaian yang baik dan membentuk generasi IT yang cukup dengan ilmu dan jati diri yang sepatutnya.

Bagi aku kerajaan perlu drafkan satu guideline yang membantu blogger supaya mereka tahu apa yang boleh ditulis dan apa yang tidak sepatutnya ditulis.. kerana ada kalanya penulisan sesetengah blogger mampu menggugat keselamatan negara.. benda ini juga penting untuk blogger agar mereka tidak mudah terjerumus dengan tindakan akta lain yang tidak membela mereka.  


3. Blogger dalam belanjawan negara

Pernah tak korang dengar dalam belanjawan negara.. kerajaan memperuntukkan R&D untuk membangunkan blogger..?? sedangkan bagi aku blogger juga menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.. sebagai contoh. blogger sentiasa membuat review untuk product-product baru yang mereka rasa bagus untuk diberi publisiti, dan benda ini secara tidak leangsung meningkatkan pengeluaran product tersebut.. dan akhirnya meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negara kita...

Lagi satu kewujudan blogger dapat mengurangkan kadar pengangguran negara jika kerajaan mengikhtiraf blogger yang professional sebagai kerjaya yang diikhtiraf.. ini kerana, jika blog dijadikan kerjaya.. kadar pengangguran dapat dikurangkan dan penggunaan tenaga buruh dapat mencapai guna tenaga secara optimum..

Korang bayangkan kalau kerajaan memberikan subsidi untuk korang membeli hosting dan domain.. mesti banyak blog-blog yang professional akan wujud, kalau adanya akta mesti ada peruntukan bukan..?? dan perbelanjaan ini disalurkan untuk kemudahan  dan kajian khusus untuk pembangunan blogger yang dapat meningkatkan produktiviti negara. 


4. Blogger sebagai Pressure Group

Dari sudut pandagan aku.. blogger juga perlu untuk dijadikan pressure group atau kumpulan pendesak untuk sesuatu isu dan masalah. Aku suka kerana ada banyak group-group seperti gengblogger, Selangor blogger dan lain-lain.. yang mengumpul blogger dengan semangat ukhwah dan berkomuniti. tetapi malangnya ianya tidak berdaftar.. sebab apa..?? sebab tidak ada akta.. sayang sungguh..

Pentingya pendaftaran adalah untuk kita bersatu menyuarakan pendapat dengan cara dan saluran yang betul.. sebab itu didafarkan IT Youth Movement.. persatuan ini masih didalam peringkat draf awal lagi dan masih tidak stabil.. tetapi dengan kuasa pendaftaran dari ROY yang kami miliki ianya dapat digunakan untuk kebebasan bersuara untuk blogger.. 

Jika ada akta dan badan pendaftar yang mengumpul semua blogger satu Malaysia ni.. kita dapat kuasa untuk mendesak dan menyuarakann pendapat.. contoh isu Palatine .. kalau kita hantar memorandum bantahan gunakan persatuan mesti ada pihak pandang kerana takut.. dengan kapasiti blogger yang ramai.. kerana blogger mampu lakukan fenomena yang diluar jangkaan.. 


5. Insurance untuk blogger

Sedia maklum blog, web aggregator atau  Web Komuniti Online yang hebat sering diserang oleh hackers, masalah bugs-bugs dan serangan anasir jahat yang mampu menjahanamkan populariti blog korang. Banyak aku tengok blogger-blogger kita yang dah menjadikan blog meraka sebagai kerjaya, kerana meraka mampu memperolehi pendapatan yang stabil dari blog mereka.

Ada juga blogger yang diketogorikan sebagai selebriti blogger, kerana mereka terlalu popular seperti blog Zackzukhairi. disini aku nampak perlu adanya perlindungan yang menjamin keselamatan blog-blog professional dinegara ini untuk melindungi hakcipta dan kerugian yang mereka tanggung atas sebab kelalaian dan dalam bahasa undang-undangnya negligence .

Benda ni sama je dengan akta professional yang lain.. dimana adanya Professional Indemnity Insurance  (PII) yang secure  kepentingan core business dari segi liability, kelalaian penulisan dan lost of document. yang menyebabkan kerugian dari pihak blogger dan induvidu lain.

Okay perumpamaanya macmni, korang ada blog yang hebat kira blog korang top 100 dalam Malaysia ni .. tetapi satu hari korang usik-usik coding korang terus jahanam satu blog.. then kalau ada insurance yang lindung aset blogger macam PII ni korang tak perlu risau pasal kerugian lagi sebab merka akan cover kerugian korang.

Contoh kedua, korang tersalah langkah.. secara tiba-tiba je.. otak korang gila dan secara tidak sedar korang tersalah kritik.. lepastu orang tu saman korang atas kerugian yang perpunca dari penulisan korang tu.. dahla korang tak kerja.. lepastu income dari blog pun berapa sen jelah kan.. jadi dengan adanya benda macam PII ni.. korang boleh meringankan sikit beban korang tu.. 

***
Semua benda yang aku nyatakan kat atas ini hanyalah datang dari pemikiran aku je.. jadi jangan ada pihak yang ambil serius pulak okay.. sebenarnya yang aku nak tekankan kat sini adalah perlu adanya badan dan peruntukan yang khas untuk menjaga kepentinggan blogger-blogger Malaysia.. kerana blogger di Malaysia sudah mencapai blogger professional yang menjadikan gaya hidup blogging sebagai kerjaya.. jadi perlulah ada guideline dan peruntukan yang proper betul tak..?? 

Sebab itulah sebagai founder IT youth Movement aku dan founder lain mendaftarkan persatuan ini.. oleh sebab tidak ada akta yang khas untuk digunakan.. kami menggunakan pendaftaran belia.. dan seterusnya membuat pembangunan belia yang dikhususkan untuk pengguna IT seperti blogger..  artikel ini juga adalah pandangan dan perjuangan yang telus dari IT Youth Movement untuk membentuk generasi IT atau modern society yang beretika dan mempunyai jati diri yang kukuh... 

Okay sampai sini sahaja.. bagi yang rasa aku merepek dalam post ini.. tu hak korang nak cakap apa.. tapi bagi aku.. apa yang aku tulis ini mungkin akan jadi bahan rujukan untuk masa akan datang.. dan kepada blogger-blogger yang berminat untuk berjuang bersama IT Youth  Movement untuk kepentingan  pembangunan belia dan blogger yang aku panggil modern society ini.. let's join  Us..!!  okay.. happy blogging.. don't too serious okay.. 

Akta Blog untuk Blogger..!!SocialTwist Tell-a-Friend