Korang mesti pelik kemana aku menghilang dekat dua minggu.. aku tak hilang kemana pun.. okay ni aku ada masa sikit meh aku citer apa aku buat. Aku kalau boleh nak kongsikan macam-macam benda yang aku buat dengan korang semua.. tapi sayangnya.. masa dan keringat aku je yang tidak mampu untuk kongsi pengalaman aku tu.. sayangkan..
Untuk pengetahuan korang.. dalam enam minggu ni.. semenjak dua minggu lepas.. hidup dan emosi aku agak tidak terurus.. Sebenarnya aku terlibat dalam Makmal Transformasi Pembangunan Belia.. Apa tu eh..?? korang boleh refer kat Utusan online ni.. aku rasa bersyukur kerana terpilih untuk mewakili korang semua (belia) untuk memperjuangkan kehendak belia.. sebenarnya aku tak boleh cerita banyak pasal makmal ni.. sebab benda ni antara rahsia sulit kerajaan.. tetapi boleh la,, kalau nak kongsi sikit...
Makmal ini adalah platform yang disediakan untuk pengubalan dasar dan polisi kementerian belia.. frankly speaking fungsi aku duduk kat dalam makmal ini adalah untuk menyediakan dasar dan polisi baru untuk kementerian belia dan sukan.. Sebenarnya agak berat tanggungjawab yang aku pikul ini.. tetapi demi kepentingan belia.. aku akan perjuangkan habis-habisan... agar kehendak kita dipenuhi...
Perhatian..!! disini aku nak buat satu sebaran media sikit.. hasil dari perbincangan dan penekanan yang aku dan team IT (YOU)th movement dalam makmal tersebut.. maka terhasillah Malaysian youth Need's portal.. okay.. portal ini bertujuaan untuk mengumpul seberapa banyak cadangan dan komen korang semua.. untuk dijadikan bahan analysis dalam makmal ini.. tujuannya adalah untuk mengenal pasti kehendak semasa belia kita..
Hasil dari portal myneed's itu tadi.. kami akan gubal satu dasar baru yang akan dibahaskan ke parliment, so.. sudah jadi tanggungjawab kita bersama untuk memperjuangkan hak kita.. jadi.. apa yang aku nak korang buat kat sini adalah.. masuk page myneed's then.. lengkapkan form online yang akusediakan beserta komen dan cadangan korang.. tulis apa sahaja yang korang nak dan apa sahaja cadangan dan rasa tidak puas hati korang terhadap fungsi belia di negara ini..
kepada mana-mana blogger yang baik hati nak buat coverage pasal myneed's ni.. aku berikan mandat 100% untuk korang.. sebab benda ni penting demi masa depan belia kita.. Sebenarnya banyak yang aku nak cerita dengan korang.. tapi disebabkan benda ni agak sulit.. sampai sini jelah aku boleh cerita.. neway... Makmal ini memang best dan memberikan kesan hebat pada diri aku.. pengalaman yang sangat menakjubkan .
Bukan senang untuk mengubal sesuatu dasar kerajaan.. dan barulah aku tau yang selama ni aku tau complain je.. ini tak betul itu tak betul.. tapi.. hakikatnya.. kerajaan dah buat macam-macam untuk kita.. dan proses penggubalan sesuatu dasar itu telah dikaji dengan terperinci dengan menilai semua aspek.. jadi lepasni aku dah tidak ada sebab untuk complain apa-apa lagi..
Apapun. aku berjanji akan buat yang terbaik untuk korang semua.. apa yang aku nak.. belia kita hidup style dan best ikut kehendak korang.. dan tanggungjawab korang sekarangni ialah isi borang tu untuk aku bawa ke makmal then tanggungjawab aku.. fight apa yang korang nak.. lagi satu.. kalau boleh korang like lah page myneed's tu ramai-ramai eh.. deal..??
Okaylah.. sampai sini je aku boleh cerita.. sebenarnya banyak benda-benda best aku nak share dengan korang... tapi takda masa nak tulis.. jadual ketat sangat... ada masa nanti aku update lagi dengan isu-isu yang best.. chill yo..!!







