Home » » Menjadi Serious blogger..!!

Menjadi Serious blogger..!!


Menjadi seorang blogger bukanlah satu kerja yang mudah.. apatah lagi menjadi seorang blogger yang serious. Bagi aku dunia blog ini terlalu luas.. apa sahaja kita boleh tulis dan masukkan didalam blog kita, tetapi untuk menulis sesuatu post yang berkualiti itu memerlukan penghayatan dan kreativiti  yang tinggi dari seseorang blogger itu.

Sebenarnya dah lama aku nak menulis blog dengan serius cuma belum sampai seru lagi, tetapi alhamdulillah dibulan ramadhan yang mulia ini aku dapat keberkatan untuk mula menulis secara serious dengan entry-entry yang menarik untuk dikongsikan. Mungkin aku baru lagi dalam dunia bloging di Malaysia ini dan tidak setanding dengan blogger-blogger otai yang lain, diharap blogger-blogger lain dapat menerima kemunculan blog aku  dengan baik.

Bagi aku maksud serious blogger adalah blogger yang menulis dengan ikhlas dan blogger yang ada etika dalam setiap penulisan dan apa sahaja yang dia publish, yelah kalau seseorang blogger tu tak ikhlas terhadap penulisannya dah tentu post dia itu fake dimana apa yang dia tulis itu bukan apa yang dia fikirkan, dalam erti kata lain post yang tak ada jiwa..!!  jadi bila orang bace pun nampak post itu tidak ada kualiti.


Masalah utama untuk menjadi seorang blogger adalah idea.!!, bagi seorang blogger yang serious mereka haruslah mempunyai limpahan idea yang banyak untuk dijadikan bahan penulisan.. dan idea-idea  tersebut haruslah ada sumber yang betul supaya apa yang di tulisnya nanti tidak dipersoalkan oleh pembaca. Rasanya di Malaysia sekarang dah berlambak-lambak blogger yang serius, dan ada diantara diaorang telah menjadikan blog mereka sebagai kerjaya.

Adakah menjadi blogger yang serious itu memerlukan disiplin yang tinggi..?? hurm bagi aku walaupun kerjaya sebagai blogger ini nampak je macam senang.. duduk goyang kaki di rumah.. kerja ikut suka, tak ada bos nak marah dan nak tidur pon ikut suka.. tetapi hakiatnya  bukan macam itu.. banyak yang blogger perlu lakukan semata-mata demi keseronokan pembaca mereka. kadang-kadang ada yang tak tidur malam memikirkan apa yang nak ditulis dan terpaksa mengorbankan masa melepak bersama rakan-rakan di kedai mamak semata-mata kerana blog.

Menjadi seorang blogger juga memerlukan tahap disiplin yang tinggi, yelah.. walupun diaorang tak ada bos nak arah-arah tetapi blog tetap kena update.. kalau tak update post nanti pembaca lari pula... so bukan senang nak menjadi blogger yang serius kerana disiplin perlulah ditahap yang cemerlang agar blog kita itu sentiasa berkualiti untuk dibaca dan mengekalkan pembaca yang sedia ada untuk menjaga reputasi dan populariti sesebuah blog.

Bagi aku seorang blogger yang serious itu tidak ada beza fungsinya dengan wartawan atau media massa yang lain seperti majalah dan television, fungsi blogger sekarang begitu penting untuk pengguna internet yang tak tengok tv. yelah.. kadang-kadang berita-berita yang hot-hot selalunya lebih cepat keluar didalam blog  sebeum keluar di television. Review yang ada didalam dunia blog untuk sesuatu isu itu selalunya lebih cepat dan tepat kerana menjadi seorang blogger kan kena ikhlas jadi apa yang dia nampak dan dia fikir itulah yang dia akan tulis, bukan macam wartawan banyak kena tapis-tapis.. last-last cerita jadi pusing.

Aku harap sangat aku boleh jadi seorang blogger yang serious  dan berjaya macam otai-otai blog yang lain. yelah orang cakap mula dari bawah.. blog aku baru je setahun jagung gigi pun belum tumbuh lagi. tetapi aku nekad nak menulis secara serius sebab sudah sampai masanya untuk aku berkongsi apa yang aku tahu pada orang ramai.. 

Apapun yang aku buat aku akan pastikan aku dikalangan yang terhebat..!! bukan nak berlagak cuma aku sering pegang  kata-kata berhantu yang aku dapat dari seorang sahabat aku.. fahami maksudnya betul-betul baru kita akan faham. tidak kira lah kita buat apa pun berblogging ke.. belajar ke kerja ke.. yang penting aku nak share dengan pembaca blog ini dan diharap dengan kata-kata ini juga blog aku boleh jadi yang terbaik satu hari nanti.. insyaallah...


Dari Seluruh Alam Semesta ini Ada 1 Juta Orang Yang Hebat, 



Tapi Hanya ada 100Ribu orang yang terhebat


Salah Seorangnya adalah AKU

Dalam Seluruh Dunia ini Hanya Ada 100 Ribu Yang terhebat, 
Tapi Hanya ada 10 Ribu Orang yang Cemerlang
Salah Seorangnya adalah AKU

Dalam Seluruh Negara ini Hanya ada 10Ribu Orang yang Sangat Cemerlang
Tapi Hanya ada 1 Ribu yang Gemilang
Salah Seorangnya adalah Aku

Dalam Seluruh Negeri Ini Hanya ada 1ribu orang yang Memang Gemilang
Tapi Hanya ada 100 Orang Yang Terbilang
Salah Seorangnya adalah Aku

Dalam Seluruh Daerah ini hanya ada 100 Orang Yang Terhebat,Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Tetapi Hanya ada 10 Orang yang aku Panggil Pejuang
Dan Pejuang itu adalah AKU.

Dalam 10 Orang Pejuang Yang Terhebat, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Hanya ada 1 orang Pejuang yang Terhebat, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Dan Pejuang itu adalah AKU.!!









Menjadi Serious blogger..!!SocialTwist Tell-a-Friend