Home » » If I Die Tonight- what to do..??

If I Die Tonight- what to do..??


Korang pernah terfikir tak apa yang kita nak buat bila kita tahu saat kematian kita. Ajal maut ditangan tuhan.. kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok, lusa dan seterusnnya. mana lah tahu ajal kita dah nak dekat. Di bulan ramadhan yang mulia ini aku bersyukur sebab aku masih bernafas dan berpeluang mengerjakan ibadah puasa yang mulia.. tetapi mana lah tau besok sudah ditetapkan ajal aku sudah sampai.. cukupkah amalan aku..??

Post kali ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, cuma aku nak mengigatkan diri aku dan semua orang bahawa hidup didunia ini hanya sementara.. bila-bila masa sahaja tuhan akan tarik nyawa kita.. siapa tahu kan. Semalam aku berjumpa dengan seorang kawan dia mengajukan aku satu soalan yang mendorang aku untuk menulis post ini. dia bertanya kepada aku, apa yang aku nak buat bila aku dah tahu malam ini aku nak mati..!!

Memang kita tidak tahu takdir kita.. tetapi sebagai manusia yang menyembah tuhan yang satu kita perlu tahu Allah swt telah tentukan suratan takdir setiap manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini. persoalannya.. adakah kita sudah bersedia..?? kalaulah kita diberi peluang untuk membaiki kesilapan kita bila kita dah tau ajal kita dah nak dekat alangkah bersyukurnya kita.. 


Bagi aku banyak benda aku nak buat jika aku tau ajal aku dah nak sampai.. tetapi masa yang ada terlalu  suntuk untuk laukan semua itu.. jadi kat bawah ini aku senaraikan apa yang aku nak buat di saat-saat hayat aku yang terakhir..

  • Pertama sekali jika aku tahu esok ajal aku akan sampai aku nak peluk mak ayah aku dan cium tapak kaki mereka sambil memohon keampunan atas segala salah silap aku selama mereka membesarkan aku.
  • Kedua, aku nak bagun awal ke kelas dan aku nak senyum kat semua orang yang aku jumpa walaupun orang itu aku tidak kenal.. sebab senyuman kan satu sedekah.. jadi aku nak cuba bersedekah seberapa banyak yang aku mampu sebelum ajal aku sampai.
  • Ketiga, aku nak jumpa semua kawan-kawan aku dan mintak maaf kat diaorang kalau-kalau aku ada sakitkan hati drang dan mintak diaorang halalkan jika aku ada hutang dengan diorang. yelah jika kita mati nanti kawan-kawan jugak yang akan angkat keranda kita dan mendoakan kita nanti
  • Keempat, jika aku tau ajal aku nak sampai aku nak call semua ex-girlfriend yang pernah bersama aku dulu, sebab aku nak mintak maaf jika selama diorang dengan aku diaorang ada rasa kecewa dan sakit hati dengan aku.. siapa tau kan..
  • Kelima, jika aku tau ajal aku nak sampai.. aku nak jumpa semua guru-guru yang pernah mengajar aku dan ucapkan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan pada aku agar segala ilmu yang mereka bagi itu diberkati.
  • Keenam. aku akan buat post terakhir di blog aku ini agar apa yang aku tulis itu nanti aku akan sampaikan semua amanat aku terhadap anak bangsa aku yang akan datang agar mereka menghargai bangsa dan diri sendiri. apa yang akan tulis itu nanti aku harap jadi rujukan dan nasihat untuk generasi akn datang yang penuh dengan cabaran.
  • Ketujuh, jika sudah tiba ajal aku itu nanti aku nak buat semua benda yang aku tak pernah buat, aku nak makan apa yang aku nak makan, aku nak lepak dengan kawan-kawan aku di kedai yang selalu aku lepak dan berseronok dengan mereka buat kali terakhir.
  • Kelapan, jika aku tau aku dah nak mati aku nak serahkan barang-barang kesayangan aku pada orang-orang yang aku sayang.. sebagai ganti diri aku nanti. so bila mereka rindu kat aku nanti mereka boleh lepaskan rindu dekat barang-barang aku itu.
  • Kesembilan, jika aku tau aku dah nak mati aku nak ambil gambar dengan semua orang yang aku sayang.. kawan-kawan.. keluarga aku.. dan kekasih aku (jika ada la time tu) sebab aku taknak mereka lupa pada aku sebab aku sayang diorang sangat-sangat sampai mati.
  • Benda yang terpenting sekali jika aku tau bila aku nak mati, sudah tentu aku nak mendekatkan diri dengan tuhan... aku nak bertaubat selagi aku mampu.. aku akan menggunakan masa yang aku ada dari pagi samapai malam untuk tuhan.. sebab aku manusia biasa sentiasa lalai dengan perintahnya.. aku harap sangat aku ada masa untuk semua itu.. dan pada masa itu juga aku akan maafkan semua orang yang aku marah dab aku benci selama hayat aku didunia..



Sebenarnya kita tidak akan tau bila ajal kita akan sampai.. semua itu kerja tuhan.. tetapi tujuan aku untuk buat post ini adalah untuk mengigakan diri aku dang korang semua supaya bersedia untuk masa itu.. sebab kita tidak tau bila nyawa kita akan ditarik. diharap waktu itu kita dah bersedia dari segi amalan dan iman.. bermuhasabahkan diri masing-masing, jangan sia-siakan hidup kita.. guna masa yang ada di dunia ini untuk jalan kebenaran.. kerana hidup di dunia hanya sementara. papepun jom layan lagu dari Too Phat  - If I die tonight.






If I Die Tonight -Too Phat feat Liyana




p/s: jika betul-betul ajal aku dah sampai nanti aku harap ada orang yang akan teruskan perjuangan untuk agama bangsa dan tanah air yang selama ini aku buat.







If I Die Tonight- what to do..??SocialTwist Tell-a-Friend