Home » » Korang pandai senyum tak..??

Korang pandai senyum tak..??



Comel tak budak kat gambar tu.. nama dia Khaliesya dan budak comel ini bukan anak aku tapi anak kawan aku hehe saya belum kawen Ok.. hurm.. entry ini bukan nak cerita pasal budak comel kat dalam gambar tu.. cuma pinjam je gambar dia sebab dia senyum sangat comel so grab lah gambar dia untuk entry ini.. 

Ok.. kali ini aku nak cerita pasal senyuman. Sebenarnya aku ada satu masalah, masalah aku adalah senyuman, ramai kawan-kawan cakap aku tak pandai senyum.. senyum aku statik je.. sampai diorang suruh aku pergi kursus senyum.. adeh..tak boleh blah betul..  korang pulak macam mana.. ada senyuman menawan atau tidak..??

Orang kata senyuman ada banyak rahsia.. tapi yang aku tau senyum itu satu sedekah je.. kenapa ya senyum itu sedekah.. hurm mungkin dengan senyuman kita boleh mengubah sesuatu.. yelah dengan senyuman kita boleh menghilangkan kesedihan, dengan semyuman kita  boleh melupakan kekecewaan dan dengan senyuman juga kita boleh dapat kawan baru.. lagi-lagi bila kita senyum kat awek.. hehe..

Senyuman juga boleh membuatkan kita jadi lebih tabah dan ceria. Ada fakta yang mengatakan jika kita senyum  kita hanya menggunakan 14 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot muka bila kita monyok sedih dan berkerut. Mungkin sebab itu senyuman boleh menceriakan hidup kita dan dengan senyuman juga kita boleh menghilangkan stress.

Senyuman juga ada banyak jenis.. senyum tanda genbira.. senyum tanda paham dan ada juga senyuman jahat. senyuman jahat ini bagi aku senyuman yang mempunyai seribu satu maksud dimana orang yang ada senyuman jahat ini selalunya kaki bahan orang macam mengutuk orang dan menjatuhkan seseorang itu dengan gurauan sinis.. dan orang yang kena bahan itu juga turut tersenyum sebab bila dia senyum taklah dia stress lepas kena bahan.. 

Bagi aku senyuman itu adalah satu benda yang sangat penting kerana dengan senyuman kita boleh melupakan segala kerisauan, yelah.. apa pun yang terjadi terhadap diri kita kita haruslah hadapinya dengan senyuman jangan monyok-monyok.. asyik nak buat muka emo je.. orang tengok kita pun naik menyampah. Bila kita senyum orang lain pun rasa senang dengan kita dan seterusnya boleh mendatangkan suasana yang sihat dan ceria.. takda lah tension  je..


Aku rasa aku memang kena belaja cara-cara untuk senyum lah.. bukan aku tak suka senyum cuma bila aku senyum orang cakap aku macm tak senyum.. bukan senang nak buat senyuman kita nampak semulajadi.. ada orang dianugerahkan dengan senyuman yang menawan dan manis.. bila orang tengok dia senyum pun orang jadi sejuk hati. Ada juga orang yang buat-buat senyum (senyum tak ikhlas). Tapi bagi aku, aku senyum ikhlas cuma aku tak dapat texture senyum yang betul je.. haha..

Ada juga orang yang kedekut nak senyum mungkin dalam mulut dia ada emas kot takut orang curi emas dalam mulut dia tu.. atau mungkin senyum dia tu mahal sangat kot.. orang yang tidak suka senyum ni selalunya orang tu sombong dan susah nak percaya orang lain.. bukan susah bro nak senyum.. kalau susah sangat  buat macm gambar kat atas tu..

Apa-apapun jom ramai-rami kita buat kempen senyum beramai-ramai.. dapat tambah  pahala apa.. sebab senyuman itu kan satu sedekah.. apapun jom kita layan lagu senyum dari Maliuqe dengan Najwa nih.. moga-moga yang tidak tahu nak senyum tu dapat petunjuk. :)

"Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit"




Malique featuring Najwa - Senyum



p/s: aku tersenyum sorang-sorang  bila dengar lagu nih macam orang gila.. lol ^_^  layanz.....




Korang pandai senyum tak..??SocialTwist Tell-a-Friend