Home » » Yeah..!! Dapat Jemputan Minum Kopi Bersama PM Dato' Sri Najib Tun Razak

Yeah..!! Dapat Jemputan Minum Kopi Bersama PM Dato' Sri Najib Tun Razak


Harapan untuk aku menjadi seorang blogger yang serius.. semakin sukar.. Masuk je tahun 2011 ni.. aku bertambah busy dengan pelagai program dan urusan peribadi aku sehingga tak sempat nak update.. Tapi alhamdulillah.. tahun 2011 ni rezeki aku bertambah-tambah.. syukur sebab banyak peluang best-best yang aku terima...amin.. .

Aku rasa bertuah sangat.. bila dapat jemputan minum petang bersama Perdana Menteri Kita Dato' Sri Najib Tun Razak. Ramai kot yang request untuk duduk minum kopi dengan PM kita ni  tapi tidak berpeluang.. yelah.. aku rasa aku antara berjuta orang yang request untuk ke majlis tu. tak sangka pula nama aku yang naik.. alhamdulillah amin..!! Korang mesti nak tahu kan macam mana aku boleh dapat jemputan rasmi dari PM kita nih?? 

Okay.. ceritanya macamni... masa akhir bulan 10 tahun lepas aku selalu menyemak kat wall facebook Najib Tun Razak.. then aku terbaca pasal satu program yang disusun oleh PM kita khas untuk rakan online beliau.. iaitu "Majlis Minum Petang 1Malaysia bersama Perdana Menteri dan Rakan-rakan Online" untuk ke majlis tu.. kita kena isi borang.. so macam biasa perangai aku.. sibuk-sibuk kat wall menteri.. then aku isi borang untuk jadi tetamu.. dan alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi tetamu khas..

Tapi selang beberapa hari majlis nak berlangsung.. sesuatu yang mengecewakan terjadi... PM kita dihidapi demam campak time tarikh program tu dah nak dekat berlangsung.. dan akhirnya harapan aku nak minum kopi bersama PM tidak tercapai kerana majlis tersebut dibatalkan disaat akhir atas alasan kesihatan PM yang tidak mengizinkan.. sedih juga.. sebab dah berkobar-kobar nak lepak dengan PM.. tapi apa boleh buat.. dah takda rezeki nak buat macam mana kan..

Then lepas  tu aku ada juga dapat email yang mengatakan majlis tu akan ditangguhkan di waktu dan tarikh  yang lain.. tapi aku ignore je.. sebab email tu macam nak bagi sedap hati aku je.. so.. tak harap sangat lah.. Then.. apa yang jadi.. semalam.. bila aku bangun tidur aku buka email aku.. dan tiba-tiba aku jadi teruja.. sebab aku telah menerima satu email dari PM yang berbunyi seperti dibawah..


Yeah..!! tak sangka aku majlis minum petang bersama PM kita ni.. betul-betul dilangsungkan.. Tahniah kepada PM kita Dato' Sri Najib Tun Razak.. sebab tidak memungkiri janji beliau untuk minum kopi bersama rakan online beliau.. terharu jugalah.. sebab terpilih.. bukan senang nak jumpa PM nih.. walaupun aku selalu ikut program bersama menteri.. tapi tang PM ni memang susah nak dekat.. sebab bodyguard  dia je ada 10 orang aku rasa..

Aku tak lah berharap sangat nak lepak minum kopi dengan PM.. tapi dah rezeki aku bersyukur jelah kan.. lagipun ini bukan pertama kali aku jumpa PM.. aku rasa dah masuk 4 kali kot aku jumpa beliau.. cuma yang ini lebih formal kot sebab dijemput secara peribadi... selalu dapat salam je.. tapi kali ini aku harap sangat aku dapat borak dengan beliau.. 

Aku percaya ramai antara korang yang apply untuk join majlis ni.. so.. kepada sesiapa yang terpilih tu.. kita jumpa disana ye.. kalau jumpa aku tu.. tegur-tegur la.. haha.. and kepada yang tidak berpeluang tu.. bersabar lah ye.. mungkin next time giliran korang.. jangan frust-frust tau.. yelah.. berapa juta rakyat Malaysia nih.. tak terlayan kot kalau semua orang di jemput.. so korang sabar je.. ada rezeki.. giliran korang pula..

Oh ya.. lagi satu.. kat dalam email tu ada nyatakan yang aku kena mengajukan satu soalan kepada PM.. the problem is.. sekarang ni aku tengah "hang" tak tahu nak tanya apa..?? so.. untuk berlaku adil kepada yang tidak dapat jemputan tu.. aku nak serahkan kat korang untuk mengajukan soalan kepada PM.. and aku sebagai wakil untuk tolong sampaikan.. amacam..?? sebab time tu ada sesi dialog.. korang bagilah soalan apa yang korang rasa bagus.. mana tau aku dapat peluang face to face dengan PM nanti.. boleh tanya direct..

Okay lah.. sampai sini je.. nanti bila aku dah balik dari majlis tu.. aku follow up report dengan korang kat blog ni ye...sekarang aku tengah fikir nak pakai baju apa time minum kopi tu.. lolz.. okay selamat semua.. jum..jum.. minum kopi.. yeay..!! ^_^


***


p/s: ini bukan post pro politik.. saya neutral okay... and lagi satu... agak rugi jugak lah.. sebab email first tu ada tanya aku nak bawak pasangan atau tidak.. so disebabkan aku tengah single aku jawab tidak.. hehe.. kalau tak boleh bawak korang kan.. Sorry... guyz..


Yeah..!! Dapat Jemputan Minum Kopi Bersama PM Dato' Sri Najib Tun RazakSocialTwist Tell-a-Friend