Home » » Update Post Blog Di Twitter & Facebook Secara Serentak Di Twitterfeed..

Update Post Blog Di Twitter & Facebook Secara Serentak Di Twitterfeed..

 

Dah lama rasanya aku tak  kongsi tips dan tutorial untuk blog.. jadi kali ini ada benda best aku nak kongsi. Twitter dengan Facebook sangat penting buat blogger sekarangni.. sebab dua element ini adalah salah satu rahsia untuk kita dapatkan hit dan reader yang banyak..

Bagi aku setiap blog seharusnya perlu ada facebook fan dan account twitter.. kerana dua benda ini penting untuk pembaca-pembaca blog kita menerima update post secara automatic bila kita mempunyai post baru, ianya juga secara tidak langsung dapat membuatkan orang ramai mengenali kewujudan blog kita dengan adanya syistem facebook sharing dan system retweet dari twitter..

Sebelum ini mesti ramai antara korang buat manual je untuk update post baru korang di facebook dan twitter.. Jadi benda yang aku nak kongsikan ini membolehkan korang update post terbaru korang  serentak di twitter dan facebook secara automatic tanpa perlu korang susah-payah copy link dan publish sendiri.. 

Okay first sekali korang kena pergi ke laman web twitterfeed.com dan create account korang macam biasa korang daftar social-network lain . seterusnya korang ikut langkah-langkah yang aku buat dibawah..


Step 1. Feed name & Feed url



  • Masukkan nama blog korang dalam Feed Name
  • Masukkan source url rss feed korang.. kalau korang pengguna feedburner korang boleh guna feed dari situ.. tapi selalunya rss feed akan berbentuk macam ini. (http://namablog.blogspot.com/feeds/comments/full)
  • Then bila rss feed korang takda masalah korang click je ke next step.

Step 2. Configure Publishing Services



Okay untuk step yang ini korang pilih dulu antara facebook atau twitter untuk di setting.. korang pilihlah yang mana satu korang nak buat dulu..



Bila korang dah pilih antara twitter dan facebook.. akan terpapar satu panel untuk membenarkan twitterfeed untuk di integrate dengan account korang.. macm yang ni aku buat untuk facebook dulu... korang login facebook korang  then pilihlah page mana yang korang nak redirect post korang nanti.. 

kalau macam aku ada tiga page yang aku admin.. untuk yang ini sudah semestinya aku integrate di page cerita kedai kopi aku.. benda ini penting supaya tidak mengangu page personal korang nanti.. 


Step 3. Selesai..!!

Lepas korang dah integrate dengan facebook page korang korang tekan je done.. then korang pergi ke dashboard semula  untuk create setting twitter pula.. korang ikut je langkah-langkah sama macam kat atas..


   
***

Okay selesai.. lepasni korang dah tak payah susah-susah nak copy link untuk update ke fan page facebook dengan twitter korang.. jimat masa dan tak payah buat kerja dua kali.. pada yang masih tiada fan page facebook dan twitter tu.. aku nasihatkan korang create sekarang.. sebab dua benda ini sangat penting untuk mempromosikan blog korang.. hit dengan reader pun jadi tinggi lepastu tak tipu.. 

Pesanan terakhir, pada yang dah guna Networkblog dalam facebook tu korang tak payah setting untuk facebook.. nanti reader nyampah pula sampai dua post kat wall diorang.. okay.. selamat mencuba.. ^_^



p/s: Kalau korang baik hati meh la like page aku and follow twitter aku.. suram je aku tengok angka follower aku.. orang lain semua riban-riban je aku tengok hehe..



Update Post Blog Di Twitter & Facebook Secara Serentak Di Twitterfeed..SocialTwist Tell-a-Friend