Home » » Trick mengelakkan diri dari disaman polis..

Trick mengelakkan diri dari disaman polis..


Sebenarnya aku tengah hangin dengan apa yang jadi dengan adik aku tadi... tak taulah nak salahkan mat rempit ke polis.. korang dapat terima tak kalau polis buat roadblock simbah minyak petrol untuk tangkap Mat Rempit biar diorang tergolek..?? tapi orang yang tidak bersalah yang jadi mangsa nasib baik luka sikit je.. macamla.. takda modus operandi lain diorang nak guna... 

Disebabkan aku agak marah dengan polis harini... nah aku nak bagi korang sikit trick untuk korang berhadapan dengan polis. bukan marah apa.. betul diorang menjalankan tugas.. tapi adakalanya kita yang tidak berdosa ni yang jadi mangsa disebabkan Mat Rempit punya hal...  tapi kadang-kadang kita pun cuai juga.. tak pasal-pasal kena surat saman.. jadi korang cubalah try tips yang aku rasa berkesan untuk mengelakkan dari korang kena saman.. selalunya bila aku guna memang berkesan...



1. Berhenti sebelum diarah...

Trick ini memang aku selalu buat bila nampak roadblock atau kereta peronda... apa yang korang perlu buat.. sebaiknya korang berhenti dulu sebelum radio car polis itu berhenti... maksudnya.. masa korang tengah drive.. korang ternampak ada lampu biru kelip-kelip dibelakang korang.. then.. sebelum lampu tu berbunyi... aku nasihatkan korang bagi signal ketepi dan berhenti sebelum kereta polis tu potong korang dan dia berenti..

Dimana logiknya...?? Bila korang berhenti..make sure korang keluar dahulu sebelum polis tu keluar.. supaya polis itu tidak boleh argue yang korang tak pakai seat belt ..  orang yang benar tidak lari dari masalah.. jadi kenapa nak lari.. tunjukkan dan yakinkan pada polis tu yang korang tak buat salah apapun...


2. The student power...!!

Yang ini khas buat student sahaja... make sure korang semua sentiasa membawa kad matrik korang walau dimana sahaja korang pergi... korang tau tak kuasa student card boleh mempengaruhi sifat perikemanusiaan seseorang anggota polis..??

Sebab kalau korang kena tahan korang boleh gunakan student card korang untuk goreng macam-macam..   student kan tak kerja mana ada duit nak bayar saman.. korang kelengtong lah sikit cakap duit yang ada pun cukup-cukup nak pakai buat assignment... then korang cakaplah korang tengah   rushig hantar assignment ke.. nak masuk test ke apa..mesti diorang tolong punya... 

Trick ini memang aku biasa guna... dan ternyata berkesan... polis akan kesian kat kita sebab kita ni student.. mereka paham keadan kewangan seorang student.. dan dalam kepala otak diorangpun menganggap korang ni pewaris masa depan negara.. so diorang pun malas nak panjang-panjang cerita dan abaikan je apa yang jadi.. itupun kalau muka korang tak macam penyamun lah.. 


3. Pengaruh.. dan cable...!!

"Maaf encik kami rushing ni ada postmortem program dengan pegawai kementerian.." inilah ayat  yang  pernah aku dengan kawan-kawan aku guna untuk melepaskan diri. Gunakan apa sahaja network yang korang ada untuk meyakinkan yang korang adalah somebody.. seriously aku seorang yang sangat busy dengan program belia.. then tiap kali aku pergi program mesti aku akan simpan tag program dan surat jemputan program-program yang aku pergi dalam kereta.. in case kalau-kalau jadi benda-benda macam ni.. korang boleh gunakan nama pegawai dalam surat itu tadi..  

Tapi PR kena bagus la.. korang borak-borak la sikit dengan polis tu.. tipu sunat..korang cakaplah.. yang korangni somebody.. kalau korang ada name card lagi bagus.. bagi je kat polis tu.. manalah tau antara korang dalam kereta tu ada pegang mana-mana jawatan dalam apa-apa persatuan.. sebab inilah kelebihan berpesatuan..

Lagi satu.. biasakan menampal sticker-sticker atau lambang-lambang kementerian dikereta korang, paling tidak pun sticker jata negeri.. sebab biasanya polis tahu orang yang lekat-lekat sticker ni.. kadang-kadang bukan calang-calang orang.. mereka pun insan biasa.. mereka pun nak network dari korang.. jadi gunakan network korang sebaik mungkin...


4. Mind control...!!!

The last but not least .... keberanian dan tahap  psychology korang ... gunakan kepakaran anda untuk meyakinkan kepada pihak polis yang korang tidak bersalah bercakap dengan nada yang professional supaya korang tak nampak macam penyamun atau muka wanted ..!!! jenis macam aku pula aku suka guna reverse psychology.. aku akan goreng kaw-kaw.. sampai polis tu yang rasa bersalah...

contohnya... kalau korang kena tahan sebab langar lampu merah... katakan pada polis tu yang korang orang baru ditempat itu tidak biasa dengan jalan disitu... korang buat -buat lah tanya jalan dekat abang polis tu... insyaallah.. mereka akan beri consideration untuk tidak menyaman korang..  tetapi ianya terpulang pada situasi dan nasib..

Tetapi awas!!!. dilarang sama sekali untuk jadi lawyer... memang aku cakap tadi PR kena bagus.. tapi jangan over sedang-sedang je..means jangan jadi loyar buruk... be professional.. supaya polis tu rasa senang dan tidak ada syak wasangka terhadap korang.. 


5.  Awas bercermin gelap...!!

Pada korang yang suka saloon kereta tu.. dah tentu cermin korang  tinted bagai tak mahu kan.?? jadi.. pastikan kalau korang nampak ada roadblock depan korang cepat-cepat lah korang turunkan keempat-empat cermin kereta tu... bila kena tahan korang cakaplah power window  rosak... aku tak rasa diorang nak cek cermin korang tu.. tapi kalau nak rasa tinted air cool korang yang mahal tu kena koyak on the spot.. korang abaikan je point keempat ni... 

Aku cerita semuani berdasarkan pengalaman aku dijalanan... aku rasa selama aku hidup.. aku belum pernah lagi sangkut bila kena tahan polis.. harap-harap jangan sangkut la... semua point-point diatas seriously aku pernah cuba.. dan kalau korang ada trick lain.. kongsi lah sikit eh.. 

Lepas aku tulis post ni.. hilang sikit marah aku pada polis-polis yang tuang minyak petrol atas jalan  tu.. aku nasihatkan korang gunalah cara lain..  jangan sampai ada yang mati baru nak fikir.. apapun.. aku tabik la kat polis kita.. sebab diorang menjalankan tugas.. selama ini pun Malaysia aman sebab ada polis.. 

Cuma apa yang aku harap polis kita lebih committed dan professional bila bertugas..  Kepada Mat Rempit pula.. korangi kalau hidup tak menyusahkan orang tak sah.. aku nasihatkan korang berhenti jadi orang lagi baik..  disebabkan korang semua orang jadi susah.. anyway kita yang tak buat salahni.. cubalah elakkan dari buat masalah.. okay...  dan korang gunalah trick yang aku bagi ini sebaik munggkin... ^_^


***



Trick mengelakkan diri dari disaman polis..SocialTwist Tell-a-Friend