Terus-terang aku cakap aku seorang perokok.. tapi semenjak harga rokok naik melampau-lampau sekarangni.. aku kurang minat nak beli dah... macm-macam kerajaan buat untuk mencegah orang dari jadi perokok.. harga bagi naik lah.. letak gambar penyakit kat kotak rokok lah.. dan di Brunei sampai kerajaan diorang letak gambar batu nehsan pada kotak rokok tu.. tapi tetap juga ada prang beli...
Aku bukannya nak buat kempen anti merokok.. perokok kalau diberi nasihat banyak-banyak pun hasilnya sama je... sebab rokok dah jadi darah daging kalau tak isap sehari boleh demam tu.. Aku bukan nak cakap yang aku ni bagus.. tapi sebagai perokok yang ada otak.. kali ini aku ingin menekankan etika-etika yang penting kepada perokok supaya orang sekeliling tidak terasa annoying dengan tabiat kita..
1. Jangan merokok depan baby dan kanak-kanak..!!
Ini adalah amaran penting buat semua perokok.. kita sepatutnya tidak dibenarkan merokok di tempat yang ramai kanak-kanak dan terutama sekali bila tempat tu ada baby yang masih kecil... sendiri ada akal sendiri pikir.. sebatang rokok itu mengandungi nikotin, tar dan lebih 4000 bahan kimia yang merbahaya.. kesian la sikit dengan baby yang kecil tu.. aku rasa jantung diorang tu okay lagi.. tak perlukan maintenance jantung macam kita ni...
Selain itu merokok di hadapan kanak-kanak juga boleh mendorong mereka untuk mengikut jejak langakah kita.. kalau dah dari kecil lagi dah kenal rokok bila besar nanti dah tentu dia nak cuba.. Mengikut survey yang telah dilakukan.. ramai budak-budak sekolah rendah sudah pandai merokok seawal umur 10 tahun.. Dimana silapnya..?? silapnya adalah berpunca dari perokok-perokok dewasa yang tidak paham bahasa. nak merokok pun janganlah dihadapan kanak-kanak.. sifat ingin tahu mereka tinggi.. mereka sering ingin mencuba apa yang orang dewasa buat..
2. Jangan merokok ditempat sesak..!!
Merokok di tempat-tempat awam yang sesak adalah salah satu tingkah laku yang sepatutnya dielakkan.. contohnya.. pasar malam, station bas dan sebagainya... Korang tau atau tidak orang disekeliling kita yang tidak merokok sangat benci dan terganggu oleh kerana asap rokok yang menyesakkan dada mereka.. Aku rasa dalam hati diorang rasa nak lempang-lempang je.. orang yang hisap rokok depan diorang..
Kepada perokok yang mempunyai attitude sebegini.. cuba elakkan merokok ditempat yang ramai orang.. kalau dah sangap tahap dewa tu.. carilah tempat yang tidak menganggu orang lain untuk melepasakan rasa sangap korang tu.. sebab bukan semua orang suka hidu bau rokok..
3. Jangan buat sepah...!!
Ini adalah salah satu perkara yang paling tidak beretika sesetengah perokok.. dan juga dibenci oleh perokok-perokok lain.. Buang puntung rokok dan abu rokok merata-rata.. Aku sebagai perokok kadang-kadang hangin juga dengan sesetengah kedai makan yang tak sediakan bekas rokok.. tapi nak marah-marah pu tak guna.. pandai-pandai la cari tempat sesuai nak buang...
Tapi ramai aku tengok orang yang tak faham bahasa... kalau kedai tu dah sediakan bekas abu rokok diorang tetap nak buang abu dan puntung rokok atas lantai.. dan yang paling tak paham bahasa buang dalam pinggan makanan dan dalam gelas kosong.. tak bagi bekas rokok korang marah.. dah bagi tak reti guna pula...
Korang tak kesian ke kat orang yang bersihkan lantai tu... dia mesti sumpah seranah korang.. satu orang punya pasal.. rosak perokok sebelanga... Mungkin ada yang rasa benda tu biasa. tetapi bagi orang lain.. perlakuan itu sangat biadap.. kalau dah takda sangat tempat nak buang.. apa salah korang guna kotak kosong tu untuk buang puntung rokok korang tu..
4. Jangan hembus asap pada orang...!!
Seriously benda ni sangat biadap bagi aku ... merokok juga ada etika.. jangan sampai asap rokok korang berkepol-kepol kat table makan tu.. dah macam asap fogging halau nyamuk dah.. bukan takat orang tak merokok je marah.. orang yang isap rokok pun rasa macam nak sepak-sepak..
Kepada perokok yang berkelakuan sebegini.. sedar-sedarlah... orang lain rasa semak dengan asap dari mulut korang tu.. kalau orang lain nak asap rokok tu.. mereka akan hisap sendiri.. tak perlu bagi asap dari mulut korang bagi berkepul-kepul lepastu orang lain dok isap asap yang dah masuk dalam kerongkong yang tah ada virus ke apa.... bukan susah pun nak isap cara baik.. hembuslah asap rokok tu kat bawah meja ke.. kat tempat takda orang ke.. atau hembus sikit-sikit.. jangan sampai satu kedai sebu disebabkan perbuatan korang..
Sorry la.. kalau ada yang terasa hati.. aku cuma nak mengigatkan sesama kita.. mungkin ada perbuatan buruk yang kita buat kita tidak sedar .. jangan oleh kerana seorang perokok-perokok lain pun kena maki.. Apapun.. jauhi diri anda semua dari rokok... merokok merbahayakan kesihatan dan juga satu pembaziran.. nasihat ini saya tujukan juga pada diri saya sendiri... diharap kia yang merokok ni.. cepat-cepatlah.. dapat hidayah.. mana boleh tahan weh.. RM10 sekotak..
***






