Home » » Perkara-perkara dibenci lelaki semasa memandu..!!

Perkara-perkara dibenci lelaki semasa memandu..!!


Entry ini ditujukan khas buat kaum wanita yang membaca post ini... bagi sesiapa yang ada boyfriend tu... sila ambil berat tentang isu ini... Selalunya kalau korang keluar dating.. boyfriend korang yang drive kan..  tapi korang sedar atau tidak kadang kala ada perangai korang yang membuatkan boyfriend  korang rasa menyampah dan marah dengan korang bila dalam kereta.. Aku selalu jugak tengok kawan-kawan aku buat muka time tengah drive sebab menyampah tengok perangai awek dia.. tak taulah kalau minah tu perasan atau tak.. 

Untuk menguatkan lagi isu ini.. dibawah ni aku sediakan antara  sebab penyebab kenapa kengkadang ada boyfriend yang sanggup tinggalkan girlfriend mereka di tengah-tengah highway... tanpa rasa belas.. siapa yang patut dipersalahkan..?? meh kita tengok satu-satu..


1. Suka membebel

Aku rasa semua lelaki setuju dengan benda point ini... kepada kaum wanita yang suka membebel.. ini adalah benda  yang paling pantang sekali bagi kaum lelaki.. kalau kejap-kejap takpelah..  ini tengah-tengah traffic jam pun nak membebel sampai semua benda nak ungkit.. time kat luar tak nak pula bising-bising.. akupun hairan sesetengah perangai perempuan ni.. macam takda masa lain nak membebel.. Bagi korang yang suka membebel time dalam kereta tu.. henti-hentikanlah tabiat ini okay...

Bukan apa... memandu memerlukan daya focus yang tinggi... kalau dah korang membebel tak tentu pasal.. karang tak pasal-pasal lain yang jadi.. kalau nak membebel pun lepas turun kereta lah.. orang lelaki kalau cakap banyak-banyak pun bukan masuk telinga pun... so buang tenaga dan air liur korang je.. bukan bermaksud suruh korang senyap macam orang bisu.. just behave macam orang normal.. sakit kepala tau mekak-mekak ni... hilang mood jadinya.. 


2. Bincang pasal masa depan

Bey... bila you nak masuk meminang i...??
Inilah ayat yang paling digeruni oleh kaum lelaki... dahla duit simpanan tak cukup-cukup time-time tengah driving lah... korang nak bincang pasal masa depan.. isu-isu macam ni perlu dielakkan dan antara benda  yang tidak digemari oleh kaum lelaki untuk di bahaskan dan di bincangkan semasa memandu.. sebab.. isu ini boleh mendorong heart attack tau.. 

Bukan apa.. tak salah kalau nak bincang pasal masa depan... cuma biarlah kena pada masa dan tempanya.. lelaki tak suka cerita benda-benda serius time kepala mereka serabut... kalau memandu di Malaysia ni.. kena ada tahap kesabaran yang tinggi.. sebab ramai yang drive macam takda undang-undang... so.. tahap tekanan tu tinggi... kalau korang taknak kena reject pasal benda-benda remeh ni.. baik diam jelah...




3. Suka mengarah semasa memandu

Yang ni pula memang aku sendiri tak suka.. annoying gila... dah macam GPS bergerak dah.. tau semua arah.. kaum wanita selalunya jenis yang berhati-hati dan berhemah.. lelaki pula  jenis main  langgar je...

Lelaki memang  tidak suka bila awek mereka suka mengarah time memandu.. contohnya,,, semua benda korang nak  ingatkan, macam bagi signal.. jangan bawa laju lah.. belok sini.. belok sina.. lagi-lagi time nak parking kereta.. macam au cakap tadi GPS bergerak.. So kepada yang mempunyai perangai macam ni... sedarlah ye... boyfriend kamu tu.. dah sah-sah la ada lesen memandu... dan beliau tau apa yang perlu dibuat tak payah nak arah-arah.. dan dari situ juga lelaki dapat tangkap korang jenis yang queen control suka arah-arah..  


4. Cemburu buta

Benda ni aku tak taulah pernah berlaku atau tidak.. hahaha... girlfriend cemburu dengan awek jaga tol..!!  macam berat je kes tu... Kes cemburu ni.. memang susah nak cakap.. ada je benda dia nak cemburu... lepastu mengamuk-ngamuk dalam kereta.. macam mintak penampar.. opss..!! sabar-sabar.. jagan main tampar-tampar... tak baik..

Tapi cemburu buta secara mengejut ni memang pelik... aku ras benda ni syndrome la..  pantang nampak boy dia pandang awek lain... dah nak mengamuk dalam kereta tu macam nak terbalik kereta... macamlah...pakwa dia boleh mengorat awek kat luar kereta tu.. bukan dapat pun... 


5. Fill in the blank..??

Ha.. yang point no5 ni korang pandai-pandai isi ikut pengalaman yang korang ada... boleh bincang kat komen ye.. aku tau setiap orang mesti ada punya kes-kes macam ni.. banyak lagi benda-benda yang tak patut korang buat time orang lain tengah driving.. bukan bagi yang berkapel je.. yang lain pun sama..

Memandu  memerlukan  focus yang tajam dan konsenstrasi yang tinggi... jadi kalau korang dah kacau pemandu dengan benda-benda yang tak sepatutnya.. ianya boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu dan penumpang...  peringatan ini bukan saja untuk kaum wanita sahaja... begitu juga kaum lelaki dan sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka penumpang... kereta... teksi mahupun Bas.. sekian..





Perkara-perkara dibenci lelaki semasa memandu..!!SocialTwist Tell-a-Friend