Home » » Dilema Selepas SPM..!!

Dilema Selepas SPM..!!


Tahniah aku ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cerita pasal SPM ni teringgat kenangan pahit dan manis aku semasa dibangku sekolah dulu.. banyak peristiwa yang sukar dilupakan.. tipulah kalau ada orang cakap dia tidak ada memori  zaman persekolahan.. aku rasa setiap orang akan ada perasaan itu.. kalau yang tak ada bagi aku orang tu tidak normal.. 

Teringat time aku habis final paper SPM aku dulu.. rasa macam dunia ini aku yang punya.. kebebasan tahap agong..!! dah taksabar-sabar nak keluar dari pagar sekolah dan menjadi seorang yang dewasa.. time tu tak pikir apa dah.. yang aku tau aku dah tak payah dengar cikgu membebel.. bagun pagi-pagi tunggu bas.. buat homework dan rutin yang membosankan sebagai seorang pelajar sekolah..  time tu happy memang tahap dewa la..  

Kali ini aku nak kongsi cerita sikit untuk adik-adik yang baru habis SPM.. kalau korang rasa habis je SPM hidup korang akan bahagia.. jangan mimpilah.. kalau korang bukan seorang celebrity atau somebody.. selepas sebulan korang duduk rumah.. korang akan menghadapi dilema dan kemurungan akibat tidak ada hala tuju hidup sementara tunggu result korang keluar.. Zaman sekarang susah cari kerja.. lagi-lagi kalau tidak ada pengalaman... dulu aku untung sebab lepas dua minggu aku kebosanan duduk rumah.. aku dapat kerja di 7eleven.. jadi dapatlah cari pengalaman didunia nyata sikit..

Untuk rujukan adik-adik yang baru habis SPM tu.. abang nak bagi beberapa guideline sikit agar korang ada drive sikit untuk menghadapi dunia sebenar.. sebab bermula time inilah korang akan menghadapi pelbagai dugaan dan rahsia dunia sebenar..


1. Kerja..Kerja..Kerja...!!

Korang kena ingat... lepas je dua belah kaki korang dipintu pagar sekolah... maka ditabalkanlah korang sebagai penganggur yang terhormat.. memeng heavenlah dapat goyang kaki duduk rumah.. tapi percayalah.. aku bagi korang masa paling kuat seminggu setengah.. korang akan jadi buntu.. nak keluar duit takda..  nak mintak duit kat mak ayah segan.. lainlah kalau korangni hidup fully scholarship MAS (Mak Ayah Sponsor) hidup macam ank raja lain lah...

Kenapa kena kerja.. sebab.. korang kena belajar jadi kuli dan tahan maki.. sebab itu adalah perkara asas untuk menjadi seorang yang kental dalam apa sahaja bidang yang korang akan ceburi nanti... kerjalah apa benda sekalipun.. asalkan benda tu kerja.. sebab dari situlah korang akan timba pelbagai pengalaman hidup dan dari situlah nanti korang akan dapat ijazah dari jalanan.. yang penting untuk korang mendaki lebih tinggi.. tapi ingat.. kerja biarlah halal.. jangan jadi bar tender sudahla..


2. Berpersatuan..

Ramai orang tidak faham fungsi persatuan... bagi yang susah sangat nak dapat kerja tu.. korang boleh join mana-mana persatuan yang korang minat untuk mengisi masa lapang korang dari dibzairkan untuk kilang taik mata.. pentingnya persatuan adalah sebagai platform untuk budak-budak post-SPM ni untuk develop profile diri.. dari situ korang akan belajar leadership.. managment and serba sikit pasal politik..

benda ini penting.. lagi-lagi untuk persediaan korang bila masuk Universiti nanti.. sebab banyak pengalaman dalam program yang korang join itu boleh digunakan masa korang belajar nanti.. Kalau korang dah buntu sangat nak masuk persatuan apa.. aku suggest korang masuk IT (YOU)th Movement.. banyak program kitorang yang dapat develop profile budak-budak lepasan SPM.. 


3. Blog..Blog..Blog...

Kalau dah semua benda kat atas tu korang tak boleh cuba.. aku cadangkan korang belajarlah.. buat blog.. tak kiralah.. platform apapun korang guna.. sebab.. blogni.. banyak fedahnya.. macam-macam korang akan belajar bila korang mula menjadi seorang blogger.. sumpah tak tipu.. dari korang buang masa main facebook.. main game tu semua.. baik korang tulis blog..

Dari blog korang akan belajar untuk memperbaiki penulisan korang.. korang boleh dapat ramai kawan dan berkongsi ilmu.. korang boleh cari duit poket sikit.. dan yang lagi best korang boleh gilap hidden skill dan  profile korang.. untung-untung boleh popular dan jadi celebrity blogger..


4. Belajar dan terus belajar..

Jangan ingat korang habis je SPM korang dah tak payah belajar.. penamat SPM itu adalah permulaan segala pembelajaran.. SPM tu asas je.. banyak lagi benda yang korang kena belajar.. bagi yang dah senang tak payah kerja tu.. jangan buang masa.. belajarlah sesuatu.. cuba skill baru dalam hidup.. contohnya Muzik.. martial art.. dan skill-skill teknikal yang korang tak belajar time sekolah dulu...

Bila korang nak menceburi sesuatu kerjaya tetap.. skill itu penting.. fahami apa itu  art and science.. teknikal.. theory semua kena ada...  multi-skilled person amat diperlukan dalam pasaran kerja.. jadi korang carilah skill-skill ini untuk persediaan korang dimasa hadapan.. trust me.. benda ni sangat penting dan berguna.. 


5. Business... Money.. Lifestyle...

Duit..duit dan duit.. hidup ni semuanya duit.. pada yang tak tahan maki dan bercita-cita untuk jadi bos.. korang kena set-up satu business untuk belajar cari duit dan belajar buat management..  kerajaan Malaysia sekrang ni pun dah menglakkan remaja untuk menceburi entrepreneurship...  korang buatlah business apapun.. asalkan benda tu halal dan tidak menyalahi undang-undang... jangan Makan Larut Malam sudahlah... 

Untung pada sesiapa yang belajar berniaga diusia muda ni.. dari situ korang akan belajar money management dan public relation yang sangat-sangat penting untuk menjadi seorang yang berjaya... jadi.. korang fikir-fikirkanlah.. business apa yang sesuai dengan korang tu.. tapi aku nashatkan.. kalau korang nak buat sesuatu benda... jangan pandang sesuatu yang besar.. buat ikut kemampuan dan kapasiti yang korang ada... itupun kalau korang xnak tengok hidup korang telungkup la... 

***

Malique ft Lah - Cuba Lagi



Tidak dinafikan.. banyak dilema yang korang akan hadapi bila korang habis je zaman persekolahan.. bagi yang rasa-rasa gagal tu.. kuatkan semangat... never give up... macam aku aku pegang prinsip ni.. hidup kita ni try and error kalau gagal cuba lagi.. gagal lagi cuba lagi.. sampai... dapat... untuk korang lebih yakin dalam menempuhi cabaran dunia sebenarni.. meh aku kongsi satu mentera kejayaan... dan dalami betul-betul ayat ini.


Dari Seluruh Alam Semesta ini Ada 1 Juta Orang Yang Hebat, 
Tapi Hanya ada 100Ribu orang yang terhebat
Salah Seorangnya adalah AKU

Dalam Seluruh Dunia ini Hanya Ada 100 Ribu Yang terhebat, 
Tapi Hanya ada 10 Ribu Orang yang Cemerlang
Salah Seorangnya adalah AKU 

Dalam Seluruh Negara ini Hanya ada 10Ribu Orang yang Sangat Cemerlang
Tapi Hanya ada 1 Ribu yang Gemilang
Salah Seorangnya adalah Aku

Dalam Seluruh Negeri Ini Hanya ada 1ribu orang yang Memang Gemilang
Tapi Hanya ada 100 Orang Yang Terbilang
Salah Seorangnya adalah Aku

Dalam Seluruh Daerah ini hanya ada 100 Orang Yang Terhebat,Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Tetapi Hanya ada 10 Orang yang aku Panggil Pejuang
Dan Pejuang itu adalah AKU.

Dalam 10 Orang Pejuang Yang Terhebat, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Hanya ada 1 orang Pejuang yang Terhebat, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Dan Pejuang itu adalah AKU.!!

Korang pegang kata-kata ni dimana sahaja korang pergi... insyaallah... kata-kata semangat ini dengan diiringi doa.. apa sahaja yang korang buat korang mampu menjadi yang terbaik.. dan ingat.. gagal sekali tak bererti gagal selamanya.. setiap orang yang berjaya tu korang tanya diorang berapa kali diorang jatuh..?? okay.. ini je yang aku mampu bagi untuk adik-adik bangsaku yang baru nak mulakan dunia baru.. semoga berjaya..!! sekian.. 



Dilema Selepas SPM..!!SocialTwist Tell-a-Friend