Home » » Initiative Tragedi Kemalangan Bas Exspress..!!

Initiative Tragedi Kemalangan Bas Exspress..!!



Post kali ini adalah respon peribadi aku mengenai tragedi ngeri kemalangan bas express  di Malaysia yang dah macam ada badi menimpa.. tiap-tiap tahun  ada je kes kemalangan ngeri yang melibatkan bas express.. untuk tahun ni je aku rasa dah dekat 10 kes dah... dan yang paling terbaru kes di Simpang Pulai yang telah meragut 27 nyawa dan juga dikatakan tragedi terburuk  didalam sejarah Malaysia..

Betul ajal maut itu ditangan Allah.. tetapi.. kita perlu kaji juga punca dan sebab musabab selalunya terjadinya kes-kes ini.. dah terlalu kerap dah... bulan ni je dah tiga kali aku rasa kes kemalangan bas ini berlaku.. dimana silapnya..?? kenapa macam tidak ada jalan penyelesaian je.. atau pihak kementerian ambil tak kesah je hal ini.. kes di Simpang Pulai itu saja sudah cukup untuk memalukan nama negara kerana ianya melibatkan 90% kematian rakyat Thailand.. Aku rasa semakin hari semakin takut orang nak naik bas express dah.. kalau aku memang takda la aku nak naik...

Aku bukan nak tunjuk pandai ke apa.. cuma sekadar berkongsi pendapat je..  oleh itu aku akan sediakan beberapa Initiative dan sebab-sebab kes kemalagan ngeri yang melibatkan bas express ini kerap terjadi.. dan untuk makluman awal.. aku cuma menggunakn fikiran waras dan beberapa konsep dan hukum alam.. untuk akujelaskan kat korang kenapa kes ini sering berlaku dari sudut pandangan peribadi aku.


Initiative 1: Bas dua tingkat tidak relevant..!! 

Pertama sekali ialah masalah bas itu sendiri... ini adalah kesilapan syarikat bas kita.. oleh kerana terlalu ghairah dengan konsep bas dua tinggkat atau doubledecker .. mereka lupa akan kesan dan kegunaan sebenar bas itu sendiri..

Bagi aku bas dua tingkat ini tidak sesuai untuk dijadikan bas ekspress.. kerana perkataan ekspres itu sendiri mengambarkan kelajuan perkhidmatan tersebut... dan aku rasa.. company bas express ni memang tak buat kajian la sebelum diorang beli bas-bas tersebut.. Kita kena faham struktur muka bumi di Malaysia... korang cuba bayangkan bas dua tingkat tu naik highway karak.. macam mana rasanya..?? konsep fizik la weh.. makin tinggi objek itu.. semakin kurang stability objek tersebut..  sama macam bas dua tingkat juga.. kalau dah mendaki genting tu.. tak kegaung ke  jawabnya.. lagi-lagi time hujan.. 

Bas itu sendiri sebenarnya takda masalah pun... cuma kegunaan bas tu je yang salah.. Malaysia suka sangat benchmark  negara luar.. aku setuju konsep benchmarking itu memang bagus.. tapi biar kena dengan geography dan demography kita.. dia negara lain orang guna  bas dua tinggkat untuk kegunaan dalam bandar je.. tapi kat Malaysia duk  lenjan naik genting.. memang lah tak sesuai.. bas dua tingkat sesuai untuk jalan bandar sahaja.. dan Initiative yang aku cadangkan ialah..  jual saja bas dua tingkat tu dan guna sahaja bas biasa... lagi selamat..


Initiative 2: Gunakan divider jalan yang sesuai

Yang keduanya isu divider jalan yang dikatakan hilang fungsi... fungsi divider sepatutnya menyerap hentakan.. tapi.. divider yang kebanyakan ada di jalan raya kita ini terlalu keras.. sehinggakan boleh memberi impact yang kuat pada fizikal bas dan mangsa didalamnya.. konsep momentum la.. inersia  yang kuat boleh menyebabkan kuasa musnah yang dahsyat..

Korang ingat lagi tak kes Sani Express tahun lepas..?? mangsa yang terkorban mati seumpama dicucuk batang satay... ianya disebabkan oleh impact dari pembahagi jalan yang menembusi bas tersebut... mana tidaknya  besi divider lagi keras dari body bas.. mestilah yang lembut kalah.. sepatutnya batang divider itu tak perlu keras sangat.. sebab divider kena berfungsi seperti span.. serap hentakan dari benda keras..

Initiative yang aku cadangkan ialah.. Gunakan teknologi baru yang lebih menyerap hentakan.. dan bukannya menahan hentakan... cuba kaji negara luar punya teknologi.. kebanyakan darinya menggunkan meterial yang lebih elastic untuk serap kuasa momentum.. then kurang sikit lah.. kadar kecederaan penumpang dalam tu.. 


Initiative 3: Gunakan Policy enablers..!!

Maksud policy anablers adalah satu policy yang memangkin keperluan sesuatu isu.. kiranya benda ni macam satu force system lah.. nak taknak korang kena ikut juga.. kalau gagal ikut policy yang ditetapkan.. korang akan disingkirkan.. benda ni agak kejam jugaklah.. tapi bagi aku.. demi keselamatan lebih 27 juta rakyat Malaysia yang mungkin akan jadi mangsa seterusnya..  policy ini perlu di implement.

Contohnya: kementerian harus mungubal satu policy khas untuk mengawal etika pemandu bas express.. gunakan sistem Key Performance Index (KPI) untuk setiap driver bus express..  sistem KPI ini akan mengukur tahap performance setiap pemandu itu.. then.. setiap bulan KPI driver tersebut mesti di audit oleh satu badan khas.. jika pemandu tersebut gagal untuk mencapai KPI yang ditetapkan.. mereka perlu menjalani kursus pemanduan berkhemah  atau diberikan panalti dan amaran..

Cara untuk kira KPI mereka ialah dengan menggunkan respon dari penumpang.. contohnya.. sediakan satu sistem komputer dalam bas tersebut untuk penumpang memberikan grade yang sesuai untuk mengira KPI seorang pemandu tersebut.. bagi aku dengan adanya sistem KPI ini.. pemandu bas akan lebih beretika dan memandu dengan  lebih berkhemah.. 


Initiative 4: Pandangan dari Korang..??

Untuk Initiative yang seterusnya aku serahkan tanggungjawab ini kepada korang.. mari sama-sama kita brain storming  disini untuk mendapatkan jalan penyelesaian tentang masalah ini... sebab banyak otak lagi bagus dari satu otak... kalau dah tidak ada pihak nak ambil kesah.. sapa lagi kalau bukan kita anak Malaysia untuk ambil kesah kan.. 

***

Aku harap tragedi-tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi.. sesuatu perlu dilakukan untuk mencari punca dan jalan penyelesaian.. kepada pemandu-pemandu bas pula selepas ini korang berhati-hatilah... pandu secara berkhemah.. kita ni manusia.. sering cuai... jadi beringat lah.. kepada pengusaha bas express pula, korang jangan asyik nak fikir untung je.. pastikan bas korang pergi PUSPAKOM sengan laluan yang sah.. jangan asyik nak lalu pintu belakang je.. bila dah jadi apape baru nak sedar..  okaylah.. semua diatas hanyalah pandangan peribadi aku sahaja.. apa korang nak cakapa pun.. benda ni initiative.. nak terima.. ambil.. kalau taknak terima diam-diam sudah.. sekian..



Initiative Tragedi Kemalangan Bas Exspress..!!SocialTwist Tell-a-Friend