Home » » Persidangan Blogger ( SENYAP ) Ditubuhkan.

Persidangan Blogger ( SENYAP ) Ditubuhkan.


Salam.. warga blogger.. huih.. aku rasa macam aku dah tak wujud je dalam dunia blog ini.. rasanya dah terlalu lama dah aku x update.. ini semua gara-gara masa yang teramat suntuk untuk aku menaip apa-apa.. Hurm.. aku rasa masih sempat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin pada korang semua.. al-maklumlah... sebagai blogger walaupun bukan jenis tegar.. kadang-kadang ada penulisan aku yang menyinggung mana-mana pihak.. harap di maafkanlah ye... :)

SENYAP!!! Shhhh.... diam-diam... apalah.. agaknya ye... Okay SENYAP adalah singkatan bagi program Social Enforcement For National Youth Awareness Program. proggram ini adalah satu program usaha-sama diantara Kementerian Belia & Sukan , Institut Penyelidikan & Pembangunan Belia (IPPBM) serta Information technology Youth Movement (ITYM), ianya juga adalah program bertaraf kebangsaan yang pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh kementerian yang menarik penglibatan blogger.

Kenapa SENYAP?? hurm.. itulah yang special tentang program ni.. actually program ini terhasil daripada kajian dari Makmal transformasi Pembangunan Belia yang pernah aku sertai dahulu... kajiannya senang je... di Malaysia terdapat dua jurang yang membelenggu kehidupan kita.. iaitu jurang generasi.. dan jurang digital.. disebabkan generasi Y adalah yang terbanyak  didalam semua generasi..maka generasi inilah yang harus dipandang dan diberikan perhatian.. Aku pernah menulis mengenai jurang generasi ni didalam dua artikel korang boleh refer di kedua-dua link ini. (Modern Society) (Hang nadim moden bersuara)

Okay berbalik kepada program senyap. program ini bertujuan untuk mengumpul seratus blogger bukan politik untuk bersidang dia PWTC pada 18hb September ini. Untuk pengetahuan korang kami telah menjemput beberapa blogger-blogger otai untuk menyertai program ini secara rawak.. dan mereka telah pun mengesahkan penyertaan untuk menyertai program senyap. Antaranya adalah hero blog Malaysia bro Ben Ashaari, Bro Framestone,  dan Mia-liana. 




Rasionalnya tetang program SENYAP ini adalah bertujuan untuk memberitahu masyarakat tentang kewujudan komuniti blogger atau dengan bahasa yang aku boleh klasifikasikan sebagai IT-holic. Kepentingan komuniti blogger ini harus dipandang kerana kita mempunyai kuasa yang mampu merubah sesuatu situasi sesebuah negara.. dan dengan tertubuhnya program senyap.. kami berharap blogger-blogger kita dapat bekerjasama untuk membantu didalam pembangunan belia dan masyarakat, khususnya untuk generasi Y yang cenderung didalam bidang Informasi Teknologi.

Kepada para sahabat blogger diluar sana aku berharap korang semua dapat bersama-sama kami untuk bersidang di PWTC pada 18hb Sept ini.. kami dari ITYM telah mengkaji dan memerhati selama 3 tahun dimana terdapat beberapa group blogger yang selalu menganjurkan blogger gathering tanpa mendapat sokongan dari mana-mana pihak.. jadi disini kami sebagai persatuan IT pertama  yang berdaftar dibawah akta ROY.. kami bertanggungjawab untuk menyediakan satu platform untuk warga blogger berkumpul dan berkongsi idea.

Selalunya korang buat gathering just suka-suka dan tidak ada pengisian yang boleh membantu korang untuk mengunakan blog korang sebagai profile.. jadi dengan menyertai program SENYAP korang percayalah.. kami akan sediakan pengisian dan banyak peluang untuk warga blogger menyuarakan hasrat dan idea serta membuat satu initiative dan development yang mungkin akan mencipta satu revolusi didalam dunia IT di Malaysia..

Aku tidak boleh cerita banyak sangat mengenai program ini.. jadi kepada rakan-rakan blogger  yang berminat untuk menyertai program ini korang boleh request untuk join SENYAP di group facebook kami di link berikut. (SENYAP GROUP). Korang juga boleh dapatkan info yang lebih lanjut mengenai senyap di portal ITYM.. dalam tu ada detai macam mana nak join this program okay.. (ITYM Portal)

Apa yang lebih menariknya tentang program ini.. kami telah menjemput Menteri Belia & Sukan Dato'Sri Ahmad Shabery Cheek untuk berinteraksi  bersama-sama kita diprogram tersebut.. Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang ini.. kerana kerusi adalah terhad untuk 100 orang sahaja.. tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 17 september ini.. dan kepada yang request untuk join SENYAP detail program akan diberikan semasa korang diterima didalam gorup SENYAP nanti..

Okaylah.. kepada yang menyertai program ini kita jumpa di PWTC 18Sept ini ya.. akhir kata.. "Join SENYAP To Save The World" Peace and assalamualaikum.. ^_^






Persidangan Blogger ( SENYAP ) Ditubuhkan.SocialTwist Tell-a-Friend