Home » » Cek Pertama Dari Nuffnang

Cek Pertama Dari Nuffnang


Minggu lepas dalam keadaan penat dan tertekan selepas pulang dari kerja.. aku ditenangkan oleh satu sampul sirat . Bila aku pegang sampul surat tu memang aku exited nak buka.. yeah.. seperti yang ditunggu-tunggu dan dijangkakan.. cek atau payment pertama blog picisan aku ini telah  dibayar oleh pihak nuffnang..

Agak berjanggut jugak  nak tunggu payment dari nuffnang ni sampai ke rumah.. rasanya dekat 40 hari juga diorang proses baru sampai ke rumah.. belum lagi tambah 3 hari nak clear cek tu sebab cek dari Nuffnang guna HSBC.. akaun bank aku pula CIMB, then 40 hari tambah 3 hari.. 43 hari baru aku dapat merasa duit dari blog aku yang dah berumur hampir 2 tahun ni..

Apepun thank a lot nuffnang sebab menepati janji anda.. walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk aku  topap celcom broadband aku untuk sebulan.. Actually aku menulis blog ini bukanlah duit sebagai main priority.. cuma bila kita melakukan sesuatu dari titik peluh kita dan dapat habuan atau rezeki sikit.. rasa puas dan semangat untuk melakukan lebih baik itu akan timbul.. Mungkin aku akan mula serius untuk menulis selepas ini.. and dalam pertimbangan untuk rebranding blog ini dari segi Niche blog dan domain yang sesuai sebab aku rasa sudah tiba masanya untuk aku menulis dengan lebih serius dan mantap..

Aku janji lepasni aku akan memperbaiki persembahan penulisan dan penyampaian blog kedai kopi aku ini untuk lebih user friendly.. huh.. memang mencabar juga sebab masa yang aku ada untuk diri sendiri pun terhad.. tapi aku akan cuba juga untuk buat yang terbaik untuk santapan korang. Okaylah.. apepun terima kasih sekali lagi buat Nuffnang atas cek tersebut.. bulan depan macam boleh cash-out lagi ni.. hehe..

Sebelum aku chow.. korang kena support project baru aku ni dulu..( Ytv Malaysia ). Aku menghilang dekat sebulan ni sebab tegah sediakan paperwork untuk jadikan site ni lebih proper dan ada masa depan.. dan alhamdulillah domain ytv.my dah dibeli cuma belum setting je lagi.. hope project ni akan berjalan dengan lancar dan diterima oleh masyarakat.. apepun.. terima kasih banyak-banyak juga pada korang yang sentiasa menyokong aku dan selalu click iklan kat blog ini.. semoga tuhan membalas jasa-jasa anda.. Sekian assalamualaikum...


***

Layan....~~


Travie McCoy: Billionaire ft. Bruno Mars (LIVE ACOUSTIC)


Cek Pertama Dari NuffnangSocialTwist Tell-a-Friend