Home » » Engkaulah Ratu Hatiku.. Selamat Hari Ibu..!!

Engkaulah Ratu Hatiku.. Selamat Hari Ibu..!!


Di kesibukan aku yang sedang mentelaah buku sempena final paper ini..  aku ingin  mengambil kesempatan sekejap untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua Ibu-ibu yang membaca post ini.. terutama sekali orang yang aku paling aku sayang didalam hidup ini.. iaitu ibu atau emak aku sendiri.

Post kali ini pendek je.. disebabkan tengah dalam  mood final axam.. so tak bolehlah nak merapu  panjang-panjang.. Okay.. untuk sesetengah orang setiap hari adalah hari ibu bagi mereka.. yup betul sama juga dengan aku.. tapi bagi aku..hari ibu yang rasmi ini adalah tanda kita meraikan ibu kita dengan tarikh yang rasmi.. kerana manusia selalu lupa.. sebab  masa hari ibulah anak-anak yang derhaka boleh insaf sekejap bila terkenang ibu mereka..

Ada orang yang pangil Ibu.. ada orang pangil mama.. ada orang pangil emak.. dan aku pula semenjak kecil lagi lebih selesa dengan mengunakan panggilan emak.. Hurm.. sebenarnya aku kagum dengan emak aku.. yelah semua orang akan kagum dengan emak masing-masing.. kecuali anak derhaka..!! tetapi ada 2 benda yang aku paling kagum dan menyebabkan aku sayang sangat pada mak aku.

  • Mak aku champion mendidik  anak yang degil macam aku!!
  • Mak aku memang champion memasak!!

Point nombor satu itu memang aku kagum dengan ketabahan dan kesabaran mak aku.. hurm.. maklumlah semenjak  keluar dari perut lagi aku ini boleh dikatakan begik..!! dalam tiga orang adik-beradik.. akulah anak yang paling degil dan selalu buat hal.. 

Akupun sebenarnya tidak faham dengan diri aku ni.. hehe dari kecil lagi aku slalu je.. buat masalah. Bila masuk ke zaman sekolah lagilah bersetan..!!  dan sampailah sekarang aku still  akan timbulkan masalah... sampai kadang-kadang  boleh membuatkan  mak aku rasa sedih.. Tetapi dengan ketabahan seorang emak beliau berjaya mendidik aku sampai aku jadi orang yang boleh kata bergunalah jugalah.. kalau nak dibandingkan dengan diri aku yang dahulu.

Point nombor dua hurm.. semua orang akan cakap emak masing-masing terer masak.. tapi aku tak kira aku nak juga cakap yang mak aku paling champion memasak... seriously bukan nak cakap aku anak manja ke apa.. aku dari dulu memang tak pernah berpisah dengan mak aku.. dari kecik aku makan masakan mak aku.. Even sampai sekarang kalau dua hari aku tak baik rumah aku akan merindui masakan emak.. boleh sasau jadinya.. sampai tak selera makan kat tempat lain. 

Aku rasa bukan aku sorang je yang cakap.. ramai orang mengakui yang masakan mak aku memang champion,.. kalau korang tak percaya meh duduk rumah aku seminggu confirm jadi gedabak..!! Masakan ibu memang masakan yang paling sedap.. kerana untuk bagi anak-anak diorang makan..mereka akan memasak dengan penuh kasih sayang .. sebab itulah kalau kita makan kat mana-mana tempat pun.. masakan ibu juga yang paling sedap..  So lepasni hargailah masakan mak korang.. jangan complaint banyak sangat.. untunglah mak kita masak.. kalau diorang tak masak.. korang makanlah masakan air tangan MAMAK!!





Ibu..ibu... engkaulah ratu hatiku... okay abaikan yang part promotion susu tu.. korang dengar lagu dia jer okay..  Pada sesiapa yang lahir tahun akhir 80an keatas pasti korang sinonim bila tengok iklan ini.. bila aku tengok balik ikalan susu ni.. terkenang pula zaman-zaman kecik-kecik dulu.. banyak kisah suka dan duka yang tersemat didalam memori.. lagi-lagi memori bersama ahli keluarga kita serta ibu yang tercinta

Walaupun lagu dia sekejap je.. ianya sudah cukup untuk mengamit memori aku.. kerana makna dalam lagu ini.. memang begitu mendalam.. lagi-lagi pada ana-anak derhaka..!! hurm.. pada anak-anak derhaka yang tengok video ni aku harap korang dapat tersedar dari perbuatan korang tu.. cuba kenang balik saat-saat indah dan manja korang bersama emak korang.. aku percaya pintu hati korang masih boleh terbuka.. korang kena ingat  syurga dibawah tapak kaki ibu.. hargailah mereka sementara hayat mereka masih ada.. itu je yang aku nak pesan..  

Dan untuk emak aku pula.. terima kasih kerana membesarkan aku.. mendidik aku dan menyayangi aku selama ini.. akan ku balas semua jasa-jasa mu kelak.. dan aku mengharapkan iringan doa darimu.. agar anakmu ini dapat menjadi seorang yang boleh berbakti pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. Selamat Hari Ibu emak..  Sayang.....Emak..!! :))


p/s: kalaulah aku mampu belikan mak aku iphone atau blackberry mesti dia dapat baca wish aku untuk dia pada code kat gambar atas tu.. hurm.. korang try lah decode :P
Engkaulah Ratu Hatiku.. Selamat Hari Ibu..!!SocialTwist Tell-a-Friend