Istilah degil dan begik tidak ada bezanya dengan nakal. Korang mesti ada adik-adik atau anak buah yang macam ni kan.. bagi aku budak begik ni bukan lah spesis jahat.. cuma mereka ni tidak paham bahasa je.. Budak-budak zaman sekarang dah semakin pelik dan kadang-kadang kurang ajar.. tapi nak salahkan mereka pun tak boleh.. sebab mungkin kesan peredaran zaman yang menjadi punca.
Biasanya orang cakap, budak-budak.. kalau degil atau nakal nanti dah besar jadi pandai.. sebab otak meraka ni cepat berfikir.. lagi-lagi bab mendajal orang. Tapi kalau besar jadi pandai pun tak guna juag.. kalau kepandaian tu disalah guna.. tipu orang sana.. tipu orang sini.. jadi bagi aku ini juga satu isu yang perlu diambil berat.
Kita tengok lah.. media massa sekarang ni.. dah takda tapis-tapis dah.. dulu time aku kecik-kecik ada juga lah.. kat tv tu diorang letak amaran untuk budak bawah 18-tahun.. tapi sekarang belasah je.. cerita ada lucah-lucah pun budak-budak boleh tengok.Budak-budak suka ikut benda yang dia suka.. ayat-ayat kurang ajar kebanyakannya mereka dapat dari cerita-cerita yang mereka tonton.. yelah.. takkan mak bapak diorang pulak yang ajarkan..
Isu ini bagi aku satu isu yang serius juga sebab.. kalau kita tidak didik anak-anak kita dari awal.. sampai tua nanti dia jadi kurang ajar, itu yang sudahnya kita duduk rumah orang tua tu. Mak bapak kena peka tentang hal ni.. jangan biarkan anak-anak jadi biadap dengan orang.. ini lah yang akan merosakkan masyarakat nanti.
Budak-budak macam ni tak guna kita marah atau pukul.. buang masa je.. nanti kalau diorang memberontak lagi masalah.. itu yang jadi kes-kes lari rumah semua tu.. bagi aku nak handle budak spesis begik ni.. senang je.. kita tak perlu marah atau pukul.. kita kena guna approach yang lain.. gunakan psychology sikit.. guna ayat-ayat yang (catchy) supaya mereka tunduk dengan arahan kita.. budak-budak tu pun bukan dia tau yang dia buat tu salah.. jadi orang tua lah kena tegur. supaya mereka paham yang dibuatnya tu benda salah..
Maslaah kita sekarang ni satu je.. Generation gap. Kalau semua orang paham kajian ini mesti tidak ada masalah.. kita tidak tahu apa yang ada dalam kepala otak generasi sekarang.. sebab kita tidak sezaman dengan mereka.. sama juga macam kita yang generasi Y atau Z ni, baby boomers selalu cakap kita ni salah dan tidak betul.. jadi generasi Alpha (budak sekarang) pun fikir benda yang sama.. diorang rasa diorang betul dan kita salah.
Budak-budak yang nakal ni sebenarnya bagus.. mereka ni bijak cepat pickup dan peka terhadap apa yang ada di sekeliling mereka.. cuma merka perlukan bimbingan dari orang tua.. mak bapak kenalah memahami mereka.. dan jangan abaikan dan biarkan je budak-budak ni bersetan.. bimbing diorang supaya jadi anak yang soleh.. kerana kalau kita tak bertindak dari sekarang.. kesannya nnti bukan kena pada diri kita je.. masyarakat juga terima padahnya nanti. jadi melentur buluh biarlah dari rebungnya. fikir-fikirkan.. ^_^
p/s: aku pun masa kecik-kecik dulu begik gak.. nasib lah bapak aku garang.. tu yang selalu kena dua liang tu.. hehe







