Home » » Kejadian Pelik @ Kedai Kopi...

Kejadian Pelik @ Kedai Kopi...


Salam.. kepada semua pembaca blog.neizalyez.. kali ni aku nak kongsi sikit perkara aneh dan pelik yang terjadi pada aku sebentar tadi. Ceritanya macam ni.. lepas je aku balik kelas tadi.. kawan-kawan lama time-time sekolah menengah aku ajak lepak.. buat reunion kecil-kecilan lah.. memang seronok jumpa kawan-kawan lama.. dah besar masing-masing.. tak kering gusi dibuatnya.. gelak sampai lupa dah lewat malam.

Dalam seronok berborak dan gelak ketawa di kedai kopi tadi.. secara tiba-tiba kitorang didatangi oleh seorang warga emas. berumur lingkungan pertengahan 60an.. dan tanpa disedari pakcik itu terpacak depan aku dan memberi salam kepada kami.. dan dengan muka yang terkejut kami semua membalas salam pakcik tersebut..

Dengan muka yang cemas dan seperti hilang arah pakcik tadi bertanya kan satu soalan kepada kami.. "salam nak.. macam mana jalan nak pergi ke utara..?? pakcik nak pergi ke Masjid Tanak" dan dalam kehairanan dan terkasima  kami menjawab, Pakcik nak pergi masjid Tanah ke?? Masjid Tanah kat Melaka bukan utara.. Kitorang tak pernah dengar pun Masjid tanak.. korang tau tak kat mana..?? 

Dan lepas je kitorang bagitau jalan nak pergi utara.. pakcik tu terus je pergi dengan wajah yang cemas.. kitorang yang dalam gelak-gelak tadi terus senyap sebab hairan dengan pakcik tu.. nak kata pakcik tu tak waras.. dia bersih.. pakai sempurna.. siap pakai kasut dengan bawak 3 bag besar lagi.. memang pelik pakcik tu.. dalam ramai-ramai orang kenapa tanya kitorang.. dan lepas tu dia lesap..


Selepas je pakcik tu beredar.. kitorang pun terus sambung cerita kedai kopi.. selepas je  20 minit macam tu.. kitorang pun balik.. sebab dah pukul 12 lebih.. masing-masing kena bangun awal.. Yang hairannya.. aku ingat aku tak jumpa lagi pakcik tu.. time perjalanan aku nak balik rumah.. aku nampak pakcik tu jalan kaki dalam gelap-gelap dengan bag-bag dia tu.. 

Yang menghairankan aku sekarang ni.. jarak antara kedai yang aku lepak dengan tempat yang aku jumpa balik pakcik tu tadi lebih kurang 7-8km.. mula-mula aku ingat pakcik tu naik kereta.. rupanya pakcik tadi jalan kaki.. dan bayangkan dalam masa lingkungan 20 minit.. seorang warga emas yang hampir bongkok.. bawak tiga bag yang berat boleh jalan secepat itu dan betul ke dia nak pergi ke utara jalan kaki dari selangor..??

Terdetik dalam sudut hati aku.. Siapa sebenarnya pakcik ni.. dia tak gila.. waras dan boleh bagi salam.. tapi kenapa dia macam tu.. dan tenaga apa yang dia pakai sampai dia boleh jalan begitu jauh dalam masa yang singkat sedangkan dia dah tua..

Aku secara tiba-tiba terkilan sebab tak dapat nak bantu pakcik tadi tu.. dan rasa menyesal pulak tak tanya masalah dia.. dan ada juga terfikir di dalam sudut hati aku ni yang pakcik ni bukan manusia.. sebab.. dulu arwah nenek aku cakap.. malaikat selalu menjelma sebagai manusia untuk menguji manusia lain.. Ya Allah.. apakah petunjuk yang engkau berikan pada aku ni..

Siapa pun pakcik tu.. aku harap.. dia selamat sampai ke destinasi yang dia nak pergi tu.. ya Allah.. engkau jauhilah segala bencana.. gangguan syaitan dan anasir-anasir jahat terhadap pakcik tadi tu.. siapapun dia.. harap dia selamat sampai ke tempat yang ingin di tujunya..  sesungguhnya aku tidak mampu menolongnya demi menjaga keselamatan diri aku.. dan aku hanya mampu mendoakan perjalanannya... amin..

Sungguh menyentuh hati aku bila tengok pakcik tu jalan sorang-sorang meredah kegelapan malam untuk perjalanan yang begitu jauh dengan hanya berjalan kaki.. memang tidak logik akal.. dan aku harap pakcik tu maafkan aku sebab aku tak dapat tolong dia tadi.. 







Kejadian Pelik @ Kedai Kopi...SocialTwist Tell-a-Friend