Home » » Saya suka nama saya - kamu..??

Saya suka nama saya - kamu..??



Teringat pula zaman kanak-kanak dulu kawan-kawan slalu mengejek macam lagu P.Ramlee tu  ala.. cerita Anak ku Sazali, hurm.. macam ini  "anak ku sazali dengarlah...bla..bla bla" rasa macam nak lempang je sekor-sekor.. nak marah pun tak guna juga dah memang nama aku sazali..  popular  apa nama tu..

Pepatah cakap harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, jadi kita kena lah berbangga dengan nama yang dianugerahkan untuk kita itu.. ada sesetengah orang pula tidak suka nama yang diberi oleh mak bapak mereka. mungkin nama yang diberi itu mereka rasa kelakar untuk disebut dan takut di ejek oleh kawan-kawan agaknya..

Apa nak dikesahkan, nama kita adalah diri kita sendiri, apapun nama yang diberi kita terimalah seadanya. Kalau kita tidak suka dengan nama kita sapa lagi nak suka... betul tak..?? Setiap nama yang diberikan mesti  ada makna dan sebab tertentu.


Aku sendiri pun tidak mengerti kenapa mak dan ayah aku bagi nama Sazali  kat aku.. mungkin time nak lahir tu tengah hot dengan cerita "Anak ku Sazali" kot.. diri ini pun tidak pernah nak bertanya. Korang pernah tanya tak kenapa mak ayah korang bagi nama korang macam tu..?? mesti ada sebab tersendiri kan.. manalah tau macam cerita Ahmad Albab tu.. korang asik memekik je 24 jam.. last-last mak ayah korang bagi nama pelik-pelik kat korang, mesti ada hikmah kan..

Tapi bangga apa dapat nama Sazali yusof.. sebab ada beberapa kelebihan seperti

  • Nama IC saya tidak lah terlalu panjang untuk ditulis, so senang bila nak isi borang dua perkataan sahaja.
  • Kebanyakan orang yang otai dan berjaya guna nama ini, contoh: CEO Celcom Tan Sri Sazali dan hero bina badan Malaysia Sazali Samad.
  • Dapat populariti dari cerita P.Ramlee "Anak Ku Sazali"
  • Tidak ramai sangat yang guna nama ini dan kuranglah persaingan dari segi populariti 
Mungkin nama yang diberikan pada kita itu boleh mendatangkan kelebihan dan ada aura tertentu, contohnya seperti: blogger Ariff Shah yang mendapat populariti blog beliau dari tuah nama beliau sendiri. Kita yang menjenamakan diri kita sendiri.. baik buruk orang tu.. nama juga yang dipuji dan dimaki orang.

Kesimpulannya.. tidak ada orang lain yang akan suka dengan nama kita melainkan diri kita sendiri, nama yang mencerminkan keperibadian setiap individu dan kita wajib mencintai nama kita dan berusaha mengangkat nama kita agar di hormati dan disanjunggi masyarakat. contohnya seperti nama-nama lagenda yang sampai sekarang orang kenang, Tun Dr Mahathir, dan Adolf Hitler yang namanya tercatat didalam buku sejarah. 

Mana tahu suatu hari nanti nama Sazali Yusof boleh masuk buku sejarah sebab mencetus huru-hara atau menjadi lagenda dunia blog Malaysia.. hehe insyaallah..



Saya suka nama saya - kamu..??SocialTwist Tell-a-Friend