Home » » Jiwa Seorang Guitarist..!!

Jiwa Seorang Guitarist..!!


Menjadi seorang pemain gitar adalah sesuatu yang istimewa, teringat zaman-zaman sekolah dulu  semua budak-budak lelaki berlumba-lumba  belajar main gitar. Saya agak beruntung sebab dapat belajar dengan seorang sifu yang boleh dikatakan terer juga la... 

Sebenarnya untuk mahir bermain gitar bukanlah sesuatu yang sukar.. kita hanya memerlukan masa sebulan sahaja untuk menguasai cord-cord asas. Dulu kalau di sekolah budak-budak lelaki yang pandai main gitar merekalah antara jejaka-jejaka top disekolah.  Mereka lah penghibur yang digilai wanita-wanita dan senang saja dapat awek.. sebab perempuan kebanyakan nya suka lelaki yang pandai main gitar

Tapi, korang tahu atau tidak jiwa seorang pemain gitar adalah unik, selalunya seorang pemain gitar itu jiwanya begitu seni dan sukar difahami, memang seronok bila kita dengar petikan gitar dari seseorang, tetapi tahukah korang seorang pemain gitar akan rasa kecewa bila mereka gagal menghiburkan orang ramai. untuk menghiburkan semua orang bukanlah benda yang senang. Menjadi seorang pemain gitar kepuasan lahir apabila mereka berjaya menghiburkan orang ramai dengan petikan gitar mereka

Selalunya seorang pemain gitar adalah seorang yang cekal dan tidak mudah putus asa, untuk menguasai sesebuah lagu kecekalan dan kesabaran itu penting, Seorang pemain gitar juga selalunya seorang yang cepat berfikir untuk membuat keputusan. Ini adalah fakta..!!  kerana apabila kita memetik gitar kita akan menggunakan otak kanan dan kiri kita untuk berfikir.. lagi-lagi yang main gitar sambil menyanyi, ini dapat melatih otak mereka untuk berfikir lebih kreatif.



Biasanya seorang pemain gitar akan temui cinta sejati mereka melalui petikan gitar mereka yang mengoda, korang perasan tidak yang biasa nya pemain gitar sering buat pemetik gitar sebagai rantai, nak tahu kenapa..?? perasan tidak bentuk pemetik gitar itu seakan-akan bentuk "LOVE". dan sudah tentu mereka akan ukirkan nama si dia pada pemetik gitar itu.. dan seterusnya dipakai dekat dihati mereka  lantas menjadi sumber inspirasi untuk terus berkarya..

Kalau sesiapa yang ada boyfriend yang pandai main gitar dan berhajat untuk bagi kekasih korang hadiah senang saja.. pemetik gitar dengan ukiran nama korang berdua dah mencukupi untuk buat rasa dia gembira.. tak payah lah nak belikan jam mahal-mahal.. jimat kan..

Jiwa seorang pemain gitar sangat halus, sehinggakan mereka boleh hidup seorang diri tanpa wanita. mereka sering pegang kata-kata BOb Marley " NO Woman No Cry" tapi cry lah sangat.. sampai bila nak macam itu kan..  memang lelaki dan wanita dijadikan untuk bersama. Tetapi bagi seorang pemain gitar mereka mempunyai punya jiwa agak pelik, bila masa mereka tidak ada kekasih atau masa jadi Mr Lonely gitar lah yang jadi kekasih mereka. Nak tahu kenapa?? ini adalah rahsia sebenarnya.. jika korang amati betul-betul bentuk  sesebuah gitar itu korang akan paham.

Ehem..ehem.. benda ini agak kelakar la juga.. bagi sesiapa yang ada Boyfriend yang main gitar tu.. jagalah mereka sebaik-baiknya.. sebab kemungkinan besar mereka lebih menyayangi gitar mereka dari korang. Body shape gitar kalau korang perasan ada iras-iras body shape perempuan. sebab itu seorang pemain gitar suka peluk gitar mereka walaupun sedang tidur.. Ini kerana gitar dah sebati dengan jiwa mereka, gitar lah teman dikala sunyi dan keseorangan..

Memori sesebuah gitar itu kadang kala mempunyai sentimental value yang tidak boleh dinilai.. adakalanya sesebuah gitar itu cukup untuk menceritakan pengalaman kisah hidup dan penampilan seorang pemain gitar itu sendiri.. segala memori tersimpan disitu kerana gitar dan pemiliknya adalah sejiwa.. 

Gitar pertama yang saya perolehi adalah seawal umur 13 tahun. tapi masa itu tidak pandai main lagi.. dah masuk tingkatan lima barulah ada sifu yang sanggup nak mengajar.. apa pun bagi yang baru-baru nak kenal gitar tu.. pegang kata-kata ni.. "practice make perfect" tidak ada jalan mudah dalam dunia ini..






Jiwa Seorang Guitarist..!!SocialTwist Tell-a-Friend