Salam Satu Malaysia..
sempena bulan kemerdekaan ini aku nak buat entry khas untuk hari kemerdekaan malaysia. Bangga betul rasannya jadi anak Malaysia, lagi-lagi macam aku yang lahir didalam bulan kemerdekaan. Tapi rasa sedih lah.. tahun demi tahun sambutan bulan kemerdekaan semakin suram dan macam tidak ada sambutan mahupun di television atau media massa yang lain.. selalunya lah kan.. sebulan sebelum sambut kemerdekaan dah ramai yang dah gantung bendera Malaysia.. tapi sekarang masyarakat macam dah tidak ada jiwa dan tidak ambil peduli pun..
Cuba tanya budak-budak sekarang tahun bila kita merdeka dan sekarang tahun keberapa kemerdekaan Malaysia.. rata-rata ramai yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.. baiklah adik-adik.. Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pada tahun ini adalah tahun yang ke-53 kita sambut kemerdekaan Malaysia.. hurm.. tema bulan kemerdekaan pula.?? kalau dah tahun pun tidak tahu apa lagi tema kan.. Okay.. tema bulan kemerdekaan pada tahun ini ialah "Satu Malaysia menjana Transformasi".
Kalau dahulu atuk dan nenek kita bersemangat untuk menyambut kemerdekaan.. mereka sanggup datang dari utara dan selatan semata-mata untuk sambut kemerdekaan. tapi budak-budak sekarang semuanya nak kena ada ganjaran.. baru-baru ini aku di arahkan oleh kementerian belia dan sukan untuk memenuhkan 5 biji bas untuk sambutan hari kemerdekaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 31 Ogos ini, tetapi apa yang mengecewakan bila ditawarkan rata-rata mempersoalkan dapat duit atau tidak.
Adakah untuk menyambut hari kemerdekaan mereka sendiri pun nak kena bagi gaji dan sebagainya.. bas pun dah disediakan.rasanya tidak ada alasan.. sehinggakan untuk memenuhkan bas itu pun terpaksa buat program cabaran mengumpulkan sukarelawan hari kemerdekaan. "CABARAN" sampai kena gunakan term cabaran untuk kumpulkan orang.. apa untuk sambut hari merdeka pun kena dicabar dulu ke...?? dulu lain la.. kita dicabar penjajah. sekarang nak sambut merdeka pun nak kena cabar.. rasanya tidak perlu paksaan disitu..
Disini disediakan laman web yang menyediakan pelbagai info tentang Malaysia dan hari kemerdekaan..bagi sesiapa yang nak tahu atau masih tidak tahu mengenai Malaysia dan info-info pasal hari kemerdekan boleh lah jenguk-jenguk.. disini (Malaysia Merdeka) Okaylah.. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 "Satu Malaysia menjana Transformasi"
p/s: sebagai antara salah sorang orang kuat IT (YOU)th movement disini nak buat sebaran media sikit.. sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk perbarisan hari kemerdekaan tahun ini bolehla join kitorang.. bas disediakan dan untuk maklumat lanjut sila ke page facebook atau di blog kami IT (YOU)th movenment tq.. ^_^







