Home » » Kamu Baik atau Baik-baik.. Apakah..??

Kamu Baik atau Baik-baik.. Apakah..??



Agak lama aku tidak update blog ini hurm.. jadual yang ketat sepanjang bulan puasa ni menyebabkan aku hampir tidak ada masa untuk online.. tetapi kali ini akau nak merepek sikit biasala kadang-kadang merepek itu best..  Apa yang korang paham tentang term atau perbezaan maksud baik dan baik-baik..??

Bagi pandagan peribadi aku dan persepsi dari benak pemikiran aku benda ini mempunyai persamaan dari segi sebutan tetapi bukan dari segi maksud. Maksud baik..?? rasanya tidak perlu nak terangkan semua orang tahu apa itu baik dan semua orang nak mengaku baik..  tapi kan apa ada dengan baik-baik..??

Menjadi seorang yang baik selalunya disukai ramai kerana orang yang baik semestinya seorang yang ikhlas, jujur dan tidak mementingkan diri sendiri, tetapi berbeza dengan orang yang baik-baik. Jangan salah paham disini, orang yang baik-baik tidak semestinya seorang yang jujur dan ikhlas hanya kerana ada dua perkataan baik disitu. Dari sudut pandangan aku orang yang baik-baik ini memang selalu nampak macam baik.. tetapi disebaliknya kita kena berhati-hati bila bertemu orang yang bersifat baik-baik..

Orang yang baik-baik selalunya akan menggunakan reverse psychology untuk manipulate sesuatu benda semata-mata untuk kepentingan dan kesenangan diri sendiri. Biasanya orang yang mempunyai sifat baik-baik ini sering menjadi popular dan dikenali ramai. mana tidak nya mereka mempunyai dua watak yang berbeza dimana orang yang bersifat baik-baik ini selalunya ada dark side dalam diri mereka yang orang lain tidak nampak, tetapi sifat mereka di kahayalak ramai sangat nice, sopan santun dan peramah bak kata pepatah pijak semut pun tak mati lah.. 





Orang yang bersifat baik-baik ini selalunya menggunakan reverse psychology sebagai senjata utama untuk manipulate sesuatu keadaan agar semua benda yang mereka buat namapak elok-elok sahaja dimata orang lain. Apa itu reverse psychology..?? hurm maksudnya ialah mereka yang sering menggunakan kata-kata bijak yang  mampu meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain dengan cemerlang gemilang dan terbilang..!! kiranya diorang ni pandai menterbalikkan fakta dengan menimbulkan auta..

Tetapi menjadi seorang yang baik-baik tidak semestinya orang itu jahat.. cuma mereka ini seorang yang bijak mengunakan apa sahaja peluang yang ada untuk mengaburi kelemahan mereka. Mereka ini juga boleh dikatakan seorang yang berfikiran kreatif sebab apa sahaja kata-kata yang keluar dari mulut mereka mempunyai double meaning yang boleh mengubah situasi sambil memberi  kelebihan terhadap diri mereka. 

Apapun.. baik ke.. baik-baik ke..  orang itu tetap baik.. cuma cara atau approach je yang berbeza.. bak kata aku.. si polan tu memang baik orangnya.. tetapi baik-baik.. so.. maksudnya.. kemana sahaja kita pergi dan apa sahaja yang kita buat.. berhati-hatilah.. di dunia sekarang ni ada macam-macam perangai manusia.. jadi berhati-hatilah bila berkawan ye.. xoxo.. 


p/s: aku pun tak tau la,, akuni jenis baik ke baik-baik.. hehe..^_^





Kamu Baik atau Baik-baik.. Apakah..??SocialTwist Tell-a-Friend