Salam semua.. dah lama aku tak kongsi cerita pasal kehidupan seharian aku.. bukan apa terlalu banyak komitmen dengan tugas.. sampai tidak ada masa nak menulis. Okay harini aku nak kongsi sesuatu.. untuk pengetahuan korang esok aku akan menghadiri satu program yang dinamakan Silicon valley comes to Malaysia.
Aku rasa semua orang tahu Silicon valley tu apa benda kan.. tapi for those yang masih tak tahu meh aku cerita sikit. Silicon Valley adalah satu tempat yang terletak di California United State of America. Silicon Valley adalah pusat ICT terbesar dunia dimana ianya menghimpunkan semua syrikat gergasi didalam dunia IT seperti Google, facebook, Youtube, Apple dan Microsoft, kiranya kalau kat Malaysia kita punya Silicon Valley adalah cyberjaya.
Memang dari dahulu lagi aku mengharapkan agar aku dapat pergi ke Silicon valley ni untuk berjumpa founder atau master-master web developer macam Sean Parker dan Mark Zuckerberg.. Bukan apa persatuan aku kan persatuan IT pertama di Malaysia.. so aku berharap one day aku dapat berjumpa mereka ni untuk buat kerjasama antara Malaysia dan syarikat mereka untuk perkongsian teknologi dan IT education.
Okay berbalik kepada tajuk.. program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Startupmalaysia.org dan United State Embassy dimana meraka mencari young entrepreneurs kat Malaysia ni yang mempunyai bakat dan produk IT mereka sendiri . so sebagai persatuan IT di Malaysia aku dan team aku telah dijemput untuk menyertai program startup ini. kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai program ini korang boleh lawat laman web mereka kat sini : Startup Malaysia
Surat jemputan ke Silicon Valley Comes To Malaysia
Apa yang menariknya tentang program ini adalah ahli-ahli panel yang superb!! Panel yang akan bagi talk nanti adalah orang-orang hebat dari Silicon valley antaranya adalah co-founder Youtube Jawed Karim dan kawan baik Sean parker yang yang gaduh dengan Mark Zuckerberg tu.. Shawn Fanning Founder Napster. Korang bayangkan selama ini kita dok guna je product yang diorang ni buat.. tapi esok aku dapat bertentang mata dengan diorang ni semua.. tapi lagi best kalau ada Mark Zuckerberg
Bukan itu sahaja.. PM kita Dato'Sri najib Bin Razak juga akan turut serta dalam program ini. Bagi aku ini adalah permulaan untuk impian aku ke silicon Valley. dan harap program ini juga dapat melahirkan web-web developer yang hebat macam diorang ni semua.. macam aku biasalah aku akan bawak product ITYM untuk dibentangkan.. apa lagi kalau bukan ytv.my dan vyrec.my.. jadi aku bersyukur sangat kepada Allah kerana menunjukkan jalan yang betul terhadap perjuangan aku selama ini
Okaylah dah mengantuk.. kejap lagi kena bangun awal utuk ke Silicon Valley.. kepada yang tidak dapat join tu.. nanti aku akan update mengenai program ini setelah selesai semuanya.. jangan cemburu pula bila keluar gambar aku dengan founder Youtube.. hehe.. sekian Wassalam...
Disebabkan Silicon Valley ni terletak di California meh layan lagu ni.. ^^
Eagles - Hotel California
p/s: korang doa-doalah aku dapat pergi ke Silicon Valley.. bukan apa diorang akan pilih bebeapa team yang layak untuk terbang kesana,. manalah tahukan.. berkat doa korang aku boleh bukak office ytv kat Silicon Valley :P






