Home » » Salam Maal Hijrah 1432H - 1 Malaysia 1 Ummah..!!

Salam Maal Hijrah 1432H - 1 Malaysia 1 Ummah..!!


1Malaysia 1Ummah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
pertama sekali aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1432H kepada semua pembaca kedai kopi.. sumpah..!! aku terlalu sibuk kebelakangan ini... ni ada masa sikit nak  curi-curi untuk update blog. Dah setahun masa berlalu.. kini sudah masuk 1 Muharam..  dalam tarikh keramat dalam kalendar Islam.. 1 Muharam itu adalah  tahun baru bagi kita.. maka.. kita patut bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menyedut oksigen dimuka bumi ciptaan Tuhan ini.. 

Sebut pasal Maal Hijrah.. disudut benak hati aku ini sejujurnya rasa sedih dan hiba.. mana tidaknya.. rata-rata ramai dikalangan kita masih tidak tau atau tidak mahu ambil tahu apa itu maal hijrah.. lagi-lagi adik-adik kita yang hidup dalam comfort zone  yang dah tak ambil kesah buat hal sendiri je.. apa yang diorang tau.. Maal Hijrah tu cuti.. boleh keluar dengan awek.. Suasana Hijrah sekarang ni dah tak macam dulu.. kalau dulu.. memang meriah.. maklumlah.. tahun baru.. setiap tempat mesti ada buat perarakan  bagi menghayati perjuangan Nabi dan ummat islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Hijrah ke kita..?? bila kita mendalami maksud hijrah betul-betul.. tidak bermakna kita kena berpindah randah macam Nabi buat dahulu.. cuma yang aku faham.. maksud penghijrahan itu.. adalah berhijrah dari sikap tidak baik kepada baik.. dalam erti lain memperbaiki kesilapan kita yang sebelumnya dengan azam yang baru.. Sepatutnya.. masa Maal Hijrah inilah kita berazam dan niat untuk rancangan dan cita-cita kita.. tapi.. ramai orang dah terpesong.. mereka suka ikut kalendar Santa Clause  pulak... 1 January baru nak berazam.. dan itulah sikap orang kita sekarang ni.. bila dah terlalu lalai dan lupa tentang ajaran agama sendiri..


****


Siapa yang tidak tahu lagu ni.. memang dia patut rendam kepala dalam air.. lagu ini memang sinonim dengan sambutan Maal Hijrah di Malaysia.. aku tak tau bila lagu ini dicipta.. tapi yang aku tau.. dulu time kecik-kecik semua budak-budak baya aku akan sibuk nyanyi lagu ni bila dah nak Menjelang Maal Hijrah.. bagi aku lagu tema Maal Hijrah ni memang memberikan penghayatan penuh mengenai Maal Hijrah..

Cuba korang suruh budak-budak sekarang nyanyi lagu ni.. sumpah diorang tak reti.. bagi sesiapa yang lahir awal 80an-90an tu kalau tak hafal lagu ni.. baik berenti jadi orang lagi baik.. hehe.. ter-emo pulak.. aku rasa dulu kat TV tiap-tiap hari main lagu ni.. sampai terbawa-bawa kesekolah nyanyi ramai-ramai...time tu Maal Hijrah memang meriah.. kat sekolah budak-budak sama-sama buat sepanduk untuk berarak.. tapi sekarang aku tengok macam dah takda sambutan.. hurm entah lah.. Malaysia sekarang pelik.. ada aku dengar.. susah nak dapat permit untuk buat perarakan.. tapi bila buat benda lain boleh pulak keluar permit..

Aku taknak campur hal permit-permit ni.. sendiri ada otak sendiri fikir.. tapi.. aku harap ada pihak yang  ambil serius benda ni.. jangan bunuh dan hapuskan perjuangan yang Nabi Muhammad buat dulu... kalau sambut new year yang mengalakkan maksiat tu boleh pula buat megah-megah.. Hurm.. apapun Kita semua kena sedar.. sambutan Maal Hijrah ni penting supaya generasi akan datang tau sejarah agama diorang.. supaya tidak mudah terpesong..

Penghayatan Maal Hijrah ni penting.. masa inilah kita sepatutnya berazam... apapun.. mari kita sama-sama menghayati Maal Hijrah.. dan bagi aku.. azam aku untuk tahun baru ini. aku nak jadi lebih baik dari tahun lepas.. dan yang penting aku berazam untuk memperkukuhkan perjuangan bangsa dan agama aku melalui IT (YOU)th movement yang aku tubuhkan sendiri.. syukur terhadap tuhan sebab banyak bagi aku peluang yang hebat sepanjang tahun ini.. banyak yang aku belajar.. dan syukur juga kerana bagi aku peluang hidup buat kali kedua.. Okay.. Sampai sini sahaja... Salam maal Hijrah Buat semua.. 

Salam Maal Hijrah 1432H - 1 Malaysia 1 Ummah..!!SocialTwist Tell-a-Friend