lelaki dan wanita dijadikan untuk hidup bersama dan memerlukan antara satu sama lain.. kerana itulah Nabi adam dianugerahkan Siti Hawa.. dan kaum Adam atau lelaki diberi tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi ini. Tujuan aku menulis post ini adalah untuk membuka mata insan-insan yang lupa... wanita khususnya.. bukan aku nak kondem perempuan cuma banyak benda dalam pemerhatian aku yang tidak menyebelahi lelaki.. maksud aku bukan semua.. cuma certain kes sahaja..
Kan bagus kalau ada Kementerian Pembangunan Lelaki.. macam Kementerian Pembangunan Wanita tu.. kan bagus kan.. hehe.. kaum wanita jangan marah ye.. ini kenyataan.. sebab kaum lelaki pun ada yang tak terbela nasibnya tau.. kenapa aku cakap macam tu..?? sebab disepanjang aku hidupni.. dah banyak aku tengok kes lelaki kena buli.. atau queen control.
Aku ada sorang kawan ni.. kesian tengok dia nih.. ada bini serupa macam takda bini.. dah macam maid aku tengok dia.. susu anak kena buat.. memasak dia.. kemas rumah,basuh baju dan cari nafkah pun dia.. yang bini jadi mam kat rumah tau nak duit je.. bila orang tegur dia cakap sayang bini.. tapi bila orang cakap dia takut bini dia menjawab pula.. bini yang tak takut dia.. hurm apakah..??
Kes ini bukan berlaku pada golongan yang berumah tangga je.. pada yang bercinta pun sama .. belum kahwin lagi dah kena arah-arah.. kalau ye pun sayang.. jangan lah sampai pijak kepala babe... sama je dengan kes di tempat kerja.. bila perempuan yang jadi bos.. atau group leader mesti ada problem punya..ada je yang tak kena.. hai lelaki nasiblah.. dan lagi satu bukan kena buli dengan bini je.. dengan mak mertua pun kena control juga. Aku cakap ni bukan bermaksud nak cari pasal.. cuma dah tak tahan tengok segelintir kaum Adam yang kena buli macam ni..
Kes queen control ni bukan baru.. cuma aku pelik kenapa lah.. takda orang yang membela golongan lelaki yang dapat nasib macam ni.. Contohnya guru-guru di sekolah.. dulu ada la sorang cikgu ni mengadu kat aku.. yang dia dah tak tahan kena kuda dengan cikgu-cikgu perempuan kat sekolah tu.. mana taknye.. pengetua.. penolong kanan semua perempuan.. cikgu lelaki ada la sekerat.. then semua kerja-kerja yang sepatutnya perempuan kena buat.. cikgu lelaki tu jugak yang jadi mangsa... nak kesian pun tak boleh.. dimana letaknya martabat dan darjat seorang lelaki sebagai khalifah..??
Okay.. aku kecik kan skop.. kita focus pada golongan yang dah berkahwin.. Korang sendiri tau kan kes perceraian kat Malaysia ni dah bertambah-tambah.. apa lah puncanya ekh..?? dah la nak kawin susah. duit hantaran mahal.. hantaran nak yang vogue.. tup-tup baru setahun kahwin dah bercerai.. kan dah membazir..
Korang kaji tak sebab-sebab penceraian selain dari si suami atau isteri curang?? Bagi aku la.. kes queen control ni pun salah satu penyebab kenapa kes perceraian ini terjadi.. yelah.. masa bercinta dan awal-awal kahwin boleh la tahan.. tapi kalau dah hidup macam takda bini pastu kena jadi orang gaji apa kes.. Orang kahwin nak bahagia.. nak kongsi hidup sama-sama.. and help each other.. tapi tidak.. suami yang patut jadi ketua keluarga dah jadi kadam lah pulak.. kan syurga bawah tapak kaki suami..
Lelaki memang tidak dinafikan ada ego.. memang ada lelaki yang suka berdiam diri.. bak kata aku.. layankan jelah.. tapi kan, sampai bila nak tahan.. Pada kaum wanita yang spesis macam ni .. korang kena ingat.. tahap kesabaran seorang lelaki itu ada batasannya.. jangan terkejut.. bila laki korang yang dulu pendiam dan ikut je perintah korang tu.. tetiba bertukar jadi baran.. lepastu bila kena tampar.. kata kau kena dera dengan laki kau.. padahal tak ingat bertahun-tahun korang dera laki korang.. bukan je dari segi fizikal.. malah mental pulak tu.
kes-kes macam inilah yang kadang-kadang membawa kepada kes-kes curang dan perceraian.. sebab apa.. sebab si suami itu tadi dah tak tahan dengan perangai si isteri yang ayik nak perintah je.. then bila si suami ini tadi jumpa perempuan lain yang solehah dan menghormati dia.. korang gak yang kena tinggal.. Salah siapa..?? lelaki jugak yang dipersalahkan.. hurm.. lelaki nasiblah..
Mungkin ada kaum hawa yang hangin baca post aku ni.. relax... take it positive.. tujuan aku cuma untuk membela nasib segelintir kaum aku yang tak terbela.. macam aku cakap tadi. perempuan ada kementerian pembangunan wanita yang membela nasib wanita.. tapi lelaki ada ke..?? Aku cuma kesian tengok kawan-kawan aku yang jadi hamba kekasihnya.. dan ada satu kes yang aku jumpa si isteri ni ketuk kepala suaminya didepan orang ramai.. sampai aku pula rasa macam nak tampar bini dia tu...
Post ni aku buat untuk membuka mata lelaki dan wanita.. jangan derhaka pada suami.. dan si suami itu pula kena lah tegas sikit.. jangan jadi DAYUS..!! give and take la.. baru lah rumah tangga bahagia.. walupun aku tak kawin lagi.. tapi aku paham situasi ini berlaku kerana kurang pedoman hidup... pada yang terasa tu.. aku mintak maaf awal-awal.. aku buat ni untuk kebaikan semua pihak.. dan korang kena ingat ni.. maruah suami korang tu adalah maruah korang jugak.. neway.. anggap benda ni positif dan bagi yang ada sikap macam ni.. cubalah ubah perangai tu.. sebab syurga adalah dibawah tapak kaki suami.. sekian..
P/S: Aku harap aku di anugerahkan seorang isteri yang baik dan solehah hehe.. doakan lah ye..







