First time aku tengok iklan raya tv3 untuk tahun ni aku dah tau benda ni mengarut..!! dahla tak kena tema hari raya.. dan iklan ini akhirnya menjadi kontroversi bagi banyak pihak yang mengatakan banyak unsur-unsur mind control yang dilakukan oleh secret society atau dalam kata lain Freemanson dan illuminati..
Rasanya banyak pihak dah tahu mengenai secret society ni.. diorang ni memang dah lama bertapak kat Malaysia.. dan macam-macam cara diorang guna nak sesatkan orang islam kat sini.. contohnya iklan raya kat Tv3 nih.. aku tak tau la mana pegi otak diorang ni.. tah consultant mana tah yang tv3 appoint untuk buat iklan ni.. dulu isu Anugerah Juara lagu yang banyak unsur dajjal yang sinonim dengan Freemanson.. sekarang iklan raya pulak.. TV3 you all tak alert ke..??
Kalau ye pun nak buat konsep 1Malaysia.. tak payah lah nak masukkan unsur 1malaysia dalan sensitiviti keagamaan.. mungkin bukan niat tv3 untuk tunjukkan unsur kesesatan kat iklan ni.. cuma tak alert.. atau u all tersalah pilih consultant.. tetapi.. takkan pisang berbuah dua kali..??
Korang teliti betul-betul iklan kat bawah ni.. dan korang fikirlah sendiri.. bagi aku terlalu banyak unsur-unsur yang tak patut ada dalam iklan ni.. mereka cuba melakukan mind control untuk merosakkan akidah umat islam.. mungkin kita tidak nampak dengan mata kasar.. tetapi benda-benda macam ni kalau kita biarkan lama-kelamaan akan merosakkan akidah budak-budak.. terutamanya..
Scene 1 -
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 -
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Scene 3 -
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 -
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 -
Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).
Walaupun tv3 dah memohon maaf dan menarik balik penyiaran iklan ini... tv3 dinasihatkan agar lebih berhati-hati didalam apa sahaja yang mereka publish.. alert lah sikit.. nak jaga hati semua kaum pun jangan lah sampai menguris sensitiviti kaum melayu.. bab yang aku tak boleh terima tu tang orang tua macam Santa clause dengan tulisan jawi terbalik tu.. kalau ye pun 1Malaysia gunakanlah konsep yang betul.. jangan sampai terpesong akidah budak-budak nanti..





.jpg)

