Korang semua mesti ada masalah kelajuan broadband atau bahasa kasar yang korang panggil berukband..!! aku pun pengguna broadband juga.. dan aku sangat lah faham masalah yang selalu korang hadapi. tapi untuk post kali ini aku akan cerita serba sikit pasal package yang terbaik untuk pengguna broadband.
Tak baru dan tak lama sangat lah.. Digi telah melancarkan satu promosi terbaru mereka iaitu Digi prepaid broadband limited edition. Untuk pengetahuan pengguna broadband Digi atau Telco yang lain.. Digi prepaid broadband ini adalah package yang termurah yang ada kat Malaysia buat masa sekarang. korang boleh dapatkan starter pack dia dengan harga RM 25 sahaja. yang menariknya, packej ni adalah yang termurah sebab dengan topap RM 10 korang boleh online sesuka hati selama 5 hari dan daily dia hanya RM2 sahaja ,
Aku bukan nak sokong digi ke apa.. sekejap lagi aku akan terangkan kebaikan menggunakan prepaid broadband di akhir post ni. Bagi aku buat masa terdekat ni package Digi nilah yang termurah dan terpantas, dan paling senang nak aktifkan. Package ni pula limited edition jadi korang cepat-cepatlah grab selagi stock masih ada.. dan senang je nak dapat.. korang p beli kat kedai pengedar Digi.. dealer-dealer biasa pun ada jual rasanya..
Masa aku buka pack ni aku jadi pening macam mana nak subscribe.. lepas aku bace manual dia baru aku faham, rupanya sangat mudah tak payah nak subscribe korang cocok broadband korang dan setup sikit-sikit dah boleh online.. pada sesiapa yang tak faham boleh rujuk kat video dia tutorial bawah ni
Tips Pilih Modem Dan Package Broadband
Ok untuk pengetahuan korang, aku dulu ada pengalaman jual broadband selama setahun.. dan kali ni aku akan kongsikan sikit tips-tips untuk pilih package broadband yang terbaik. Di Malaysia hanya dua syarikat telco sahaja yang ada wat package prepaid broadband, iaitu Celcom dan Digi. kenapa aku suggest korang guna prepaid broadband dan bukan postpaid..?? sebab penggunaan prepaid broadband lagi murah, laju dan selamat.. kenapa..??
- Prepaid broadband takda contract dan possibility untuk korang blacklisted 0% dan korang boleh stop dan start balik penggunaan broadband tu ikut suka hati korang
- Korang tak payah susah-susah pergi bayar bill.. duit minyak lagi.. belum ada hidden tax kat dalam bill tu.. tapi untuk yang prepaid.. korang just beli topap je..
- Bila korang pakai prepaid broadband korang boleh download sesuka hati korang sebab prepaid broadband takda limit bandwidth.. macam package postpaid walaupun unlimited bandwidth, tapi lepas je penggunaan korang lebih dari 6GB line jadi slow.. tapi prepaid punya tak macm tu korang boleh download beratus gigabite kalau korang larat ..
- Lebih jimat dari postpaid - korang perasan tak package postpaid dengan prepaid jauh berbeza. package postpaid tak menentu.. kengkadang murah kengkadang mahal.. dan paling murah pun RM 60 keatas (package paling siput). then cuba korang kira package Digi prepaid ni hanya RM2 je sehari.. korang kali dengan 30 hari.. berapa ringgit tengok.. RM60 juga.. tapi bandwidth dia dan speed memang terbaik kalah package yang seratus lebih punya.
- Korang tak payah terikat dengan contrack modem selama 2 atau 1 tahun dari syarikat telco, sebab untuk pengetahuan korang semua syrikat telko menggunakan vendor yang sama Huawei dan ZTE.. dan takda bezanya modem dari maxis ke celcom ke Atau Digi.. cuma logo syarikat telco je yang membezakan modem tersebut. lepastu yang ruginya ada simlock.. jadi aku cadangkan korang beli je modem dari luar yang takda terikat dengan contract dan bebas dari simlock.
Memang susah nak cari package terbaik untuk broadband.. banyak penipu kat luar tu yang main harga.. frankly speaking la.. sebenarnya semua modem sama je.. yang membezakan laju tak laju kawasan yang korang duduk. tapi bagi aku buat masa sekarang ni Digi yang terbaik dan jimat. aku dah try semua jenis modem dan package, semua ada kelebihan dan kekurangan tertentu..
Lagi satu bab beli modem. aku nasihatkan korang beli modem yang tak ada sim lock. yang terbaik bagi aku.. CSL lah.. murah seratus dah dapat.. kalau ada yang jual RM300 tu PENIPU..!! modem semua sama je.. current speed kat Malaysia sekarang tahap High Speed Download Packet Access (HSDPA) sama dengan 3.5g. jadi korang jangan terpedaya kalau ada seller yang jual 4g punya modem.. last-last masuk sim card tak boleh setting.
kenapa aku buat review pasal Digi prepaid broadband ni.. sebab aku dah guna dan service dia terbaik.. dalam kereta pun boleh online.. Dulu aku pakai Celcom prepaid pun laju gak.. cuma mahal RM20 seminggu.. dengan pendapatan aku sebagai student aku terpaksa deduct kos sara hidup aku dengan bertukar kepada Digi.. ikut korang la.. bagi aku dua-dua bagus dari segi speed.. cuma harga je yang lain lain..
Untuk membeli broadband ni memang kena berhati-hati..jangan terpedaya dengan contract.. nampak je murah tetapi hakikatnya memakan diri.. contoh.. syarikat telco ni keluarkan package broadband termurah register hanya perlu bayar RM50 modem free. but monthly korang kena bayar RM70 keatas. nampak murah kan..??
Sebenarya mana ada modem percuma.. semua dah masuk kat dalam bill.. korang kira la kalau diorang ambil Rm20 dari bill pon korng kali dengan 24 bulan contract berapa harga modem..?? RM480..!! padahal harga modem ZTE atau Huawei yang original baru RM280 paling murah.. kan dah membazir.. lepastu korang dah subscribe package RM68 punya.. tup-tup next month dia ada buat package RM40.. kan rugi.. korang nak terminate dah sain contract.. jadi itu jelah aku boleh share..
Bagi yang tengah cari broadband apa nak pakai.. ni aku cadang kan.. beli modem CSL pastu beli prepaid Digi.. kalau tak laju buang je simcard tu baru 25-ringgit dan guna Celcom prepaid pulak.. kalau tak boleh bla jugak.. baik korang pakai streamyx je.. sebab korang bebas memilih tapa contract..
p/s: yang bestnyer pakai prepaid ni kalu aku takda duit diam-diam je dah ada duit baru aku topap.. hehe.. pastu simcard boleh masuk dalm phone.. tak macm streamyx.. lol






